Tuesday 27 May 2014

Kewajipan bertudung

 

Assalamualaikum. 
Errr tetiba tergerak hati untuk menulis.


Aurat itu amanah Allah yang harus dijaga.
Berpijaknya Farahalina dibumi Malaysia, sudah biasa bila bertudung itu disama ertikan dengan menutup aurat.
Hukumnya wajib.
Tiada pilihan.
Bukan tunggu diberikan hidayah.
Bukan tunggu bila pergi haji.
Bukan tunggu bila dah besar.
Bukan tunggu bila fashion baru muncul.
Sangat tidak.....

Sesungguhnya, suruhan Allah yang satu itu banyak hikmahnya...
Nikmatnya tidak terhingga...
Bertujuan melindungi kita sebagai kaum hawa...
Bukan untuk menyeksa kita dengan kepanasan mahupun kerimasan....

Alhamdulillah kepada yang sudah terbuka hati untuk menjaga auratnya...
Tetapi, 'hati belum terbuka' sangat bukan alasan untuk dengan bangganya memperagakan rambut itu.
Sesungguhnya, sehelai rambut ditatap bukan muhrim kita, 80 tahun azab dineraka.
Rambut kita sehelai kah???

Bukan niat mahu mengaibkan.
Tetapi sekadar memperingatkan diri sendiri, kaum keluarga dan juga kaum hawa sekalian.

Semakin hari kita harus memperbaiki diri sendiri supaya menjadi hamba yang solehah. Insyallah. Amin.

No comments:

Post a Comment