Monday, 25 March 2013

Ziarah menziarahi :)

Assalamualaikum...



Saya nak cerita ni.. Tadi saya pergi melawat anak jiran yang kemalangan tempoh hari.. Dia dah balik dari hospital..

Alhamdulillah dia telah sembuh dan dah melepasi fasa-fasa kritikal dan dah sedar dari koma..

Melihat keadaannya tadi, wajah serta fizikalnya berubah menjadi semakin kurus..sungguh berbeza dengan keadaan sebelumnya..

Mendengar cerita dan melihat keadaannya membuatkan saya nak menangis..dalam hati cuma berdoa moga dia cepat sembuh dan boleh pergi sekolah macam biasa balik tahun depan.. Saya faham keadaan orang yang sakit ni..sebab saya pun pernah merasainya.. Kalau asyik terbaring, bosan dan rasa sungguh tak selesa..

Mak dia cerita, dia kemalangan hari Jumaat, dia sedar dari koma hari Jumaat dan dia mula bercakap hari Jumaat jugak.. Lagi satu, mak dia cakap lagi.. Kemalangan anaknya ni merupakan sebuah hikmah yang tersembunyi buatnya..kerana lepas anaknya kemalangan, dia semakin dekat dengan Allah..Alhamdulillah, berfikiran positif sungguh ibunya..

Semua ujian yang berlaku dan menimpa kita semua terkandung hikmah yang tersembunyi.. Apa yang penting kena selalu bersangka baik dengan Allah dan selalu berdoa dan sujud kepadaNya..

Semasa melawat orang sakit, ada adab-adabnya juga tau untuk saya kongsikan dengan sahabat2 semua...

1. Ketika berada disisinya, hendaklah kita sentuh dan pegang tangannya kemudian letakkan tangan di dahinya dan tanya tentang penyakit dan keadaannya sekarang.
2. Doa dan ceritakan tentang kelebihan sakit yang dialami oleh para sahabat, Rasul dan Nabi dan juga orang beriman supaya pesakit itu tidak merasa resah gelisah terhadap kesakitan yang dialaminya. Menyampaikan ucapan yang baik, dapat menghiburkan hati si sakit dan menguatkan jiwanya. Contohnya beri ucapan: “Tidak apa-apa insyaAllah lekas sembuh.”
3. Berikanlah nasihat-nasihat yang baik serta ucapkan perkataan “Sabarlah sakit ini adalah salah satu ujian Allah dan cubaan semata-mata di atas ketakwaan seseorang terhadap Allah kerana sakit ini juga, seseorang memperolehi ganjaran pahala yang banyak”.
4. Jangan makan makanan yang dihadiahkan kepadanya atau makanan yang telah disediakan untuknya. Sekiranya kita makan makanan tersebut, hilanglah pahala ibadah ziarah itu.
5. Sunat dibacakan doa untuknya yang bermaksud:
“Ya Allah ! Hilangkanlah penyakitnya, wahai Tuhan bagi manusia sembuhkanlah, Engkaulah yang menyembuhkan tidak ada sembuhan melainkan sembuhan dariMu jua, sesuatu sembuhan yang tidak meninggalkan sebarang penyakit”. (Riwayat at-Tirmizi)
6. Pendekkan waktu ziarah. Sebolehnya, kadang-kala si pesakit ingin tidur, atau ingin makan ubat dan tukar pakaian. (kecuali si sakit mengkehendaki sebaliknya)
7. Wanita boleh menziarahi lelaki. Dalil: Aisyah ra pernah menziarahi Bilal bin Rabah ra yang sakit demam panas
8. Boleh juga menziarahi orang bukan Islam. Dalil: alBukhari meriwayatkan dalam bab menjenguk orang musyrik.

Terdapat banyak hadits yang menyebutkan tentang anjuran dan kelebihan menziarahi orang sakit, antaranya sabda Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam bermaksud:-
“Sesiapa yang menziarahi orang sakit atau menziarahi saudaranya kerana Allah, nescaya penyeru (malaikat) akan berseru kepadanya: “Alangkah bagusnya engkau, alangkah bagusnya perjalananmu, telah tersedia untukmu sebuah rumah di dalam syurga!”.
(Hadits riwayat at-Tirmidzi)