Tuesday 14 May 2013

Taubat Tercemar....

as salam alaikum..
moga kita semua sentiasa dalam rahmat dan redha Allah, insyaAllah..



lama sangat kan saya tak update blog ni..selalu nye orang kata "dah berhabuk, sawang dah banyak sangat" :) 
doakan saya untuk sentiasa diberikan himmah dan iradah dalam mengasah, push up, gilap dalam bidang penulisan ni..abi n umi saya selalu kata  "belajar laa menulis.."jadi macam Fatimah Syarhah dan yang lain2"
:: akan ku cuba insyaAllah::

Ok..
TAUBAT TERCEMAR

kelmarin dulu ikut umi pergi klinik. terbaca artikel tentang taubat dalam satu majalah HALUAN.
suka saya nak share di sini..artikel tu ditulis oleh Tuan hj Rosdi Baharom..
Antara insan yang aku kagum dan banyak membantu diri ini dalam merawat hati..

kata beliau...

" Apabila seseorang itu berhenti melakukan maksiat kerana menjaga imejnya atau kerana sudah tidak mampu untuk melakukannya atau kerana tertahan dari melakukan maksiat kerana faktor-faktor tertentu dan bukan kerana ingin membersihkan diri dan kembali kepada Allah sebagai hamba yang kesal terhadap dosanya..
maka taubat ini telah tercemar.."

kadang kita rasa tak nak buat lagi perkara2 yang Allah tak suka, perkara yang Allah larang..dan kita pun tak buat lagi..tp kadang-kadang kita lupa nak cek, kita bertaubat itu sebab nak bersihkan diri dari dosa atau nak bersihkan nama dari tercemar dari pandangan manusia..kita kena fikir-fikirkan..

hajat doa dari kalian semua..

ya Allah Rahmatilah diriku..
tanpa rahmatMU binasa lah aku..




1 comment: