Sunday 30 June 2013

7 perkara anda perlu buat bila speaking MUET :)




7 perkara anda perlu buat bila speaking MUET


Assalamualaikum.. masa yang nyawa-nyawa ikan ni sempat lagi miss kecoh curi-curi buka blog. hanya ada 1 hari dari sekarang untuk saya nak ambil MUET. ini bermakna....esok dah exam MUET!!! adoi... tipu rasanya kalau cakap tak gugup. INSYALLH AKN BUAT TERBAIK..smga allh mmbntu kita semua.. doakan saya ek :) .....

jum coret2 kejap :)


apa yang  perlu anda buat bila speaking MUET nanti?
perkara pertama bila masuk je bilik peperiksaan tu, duduk dengan tegak. tarik nafas panjang-panjang.  jangan buat muka stress, senyum je.. lepas tu, curi-curi buka kertas soalan walaupun tak mula lagi.  baca bismillah dulu kalau anda seorang muslim... .>_<


1.  jangan takut dan gabra

bila start,tarik nafas panjang-panjang. cuba senyum. percayalah. .jika kita takut dan gabra, apa yang kita ingat dan baca kita akan mudah lupa. jadi sebaiknya, cuba untuk tenangkan diri. anggap lah examiners tu hanya seorang manusia yang  tidak tahu apa-apa. kalau boleh, minum lah air mineral banyak-banyak untuk tenangkan diri. 



2. konfiden apa yang telah kita cakap

setiap patah perkataan yang keluar daripada mulut kita, kita hendaklah yakin seadanya. yakin akan membuatkan kita bercakap lancar dan banyak idea yang datang .. jika kita tidak pasti makna sesuatu perkataan  kita cakap juga apa yang kita mahu cakap asalkan examiner faham apa yang kita ingin sampaikan. setiap perkataan yang kita cakap adalah markah. walau macam mana susah sekalipun soalan tu, kena cuba  cakap dan bagi point.. 

3. eye contact  

eye contact juga penting. eye contact akan membuatkan examiner melihat kita sebagai seorang yang serius dan yakin dalam topik perbincangan. jangan tunduk ketika bercakap. ini menunjukkan anda tidak yakin. bila ada eye contact orang akan jelas dan lebih faham apa yang anda ingin sampaikan.



4. guna body language

so, kena la ada intonasi dan body language. penting juga tau.. nama pon perbincangan. so, letak tangan atas meja. jangan letak bawah meja. setiap opinion kita bagi kalau boleh, tangan mestilah gerak sana sini di udara gitu cewah..jangan buat hip hop sudah. so, bila ada body language,baru lah orang faham apa yang anda  ingin sampaikan.

5. tak perlu malu bila tergagap atau tersasul


bila tergagap...tak perlu malu lah. just teruskan dan cuba. anggaplah semua orang kat dalam tu pun bukan bagus sangat.
insyallh :)

6.. tone suara yang sedehana dan jelas

guna tone suara yang sederhana. tidak terlalu kuat atau terlalu slow. jika tidak bersetuju dengan pendapat candidate lain, jangan tinggikan suara macam nak bergaduh. beritahu dengan sopan, " it sounds like a good idea, but......"   dan kalau boleh jangan sentuh isu sensitive contohnya agama, bangsa dan politik. jika anda berbuat demikian, minus mark...


7.. jangan buat bunyi seperti "um" "er" "eh"



cuba elak... memang kita tidak boleh nak elakkan bila kita tiada idea. tapi kalau boleh cuba elakkan..

GUD LUCK TEMANKU ;)
SMGA ALLH PERMUDAHKAN SEGALA URUSAN KITA ESOK :)
WSSLM N SALAM UKHWAH :)
GUD LUCK TEMAN2 KU :D





























2 comments:

  1. GUDLUCK !! lebih keyakinan bila baca nih. acewahh. hehe.

    ReplyDelete