Wednesday 12 June 2013

puisi Bt UkHty ku tersyng :)


                                                                          

Ukhtiku sayang..
Apa khabar dirimu?
Tersenyumku seketika pabila mengenangkanmu,
Pertemuan antara kita penuh bermakna.

Ukhtiku sayang..
Bermulanya kasih dengan terukirnya senyuman,
Senyuman yang bukan dipaksa,
Namun lahir dari hati yang suci.

Ukhtiku sayang..
Walau jarak memisahkan kita,
Hati sentiasa bertaut,
Menguntum kasih di jiwa.

Ukhtiku sayang..
Kehadiranmu melengkapkan diriku sebagai adik,
Meski ku tidak mempunyai kakak,
Namun, kewujudanmu dalam diri ini,
Cukup untuk ku merasakan kasih seorang kakak.

Ukhtiku sayang..
Bicaramu buat ku bahagia,
Gelak tawamu sentiasa ku rindui,
Itulah memori yang menemaniku tatkala merinduimu.

Ukhtiku sayang..
Kau seorang yang periang,
Kau seorang yang ceria,
Kau seorang yang tabah,
Itu yang buat ku kagum denganmu.

Ukhtiku sayang..
Pertemuan singkat antara kita,
Membenihkan ukhwah yang indah,
Inilah hadiah Allah kepadaku.

Ukhtiku sayang..
Ku memohon ampun andai ada mengguriskan hatimu,
Ku pohon agar ikatan ukhwah antara kita berkekalan,
Ku doakan dirimu sentiasa dalam kasih sayang-Nya.



Ukhtiku sayang..
Ketahuilah bahawa ku amat menyayangimu,
Ketahuilah bahawa ku amat merinduimu,
Ketahuilah bahawa ku amat mengasihimu.

Ukhtiku sayang..
Ku harap dikau terus melangkah mengejar redha-Nya,
Ku harap dikau terus bersemangat dalam meraih cinta-Nya,
Ku harap dikau terus menyayangiku sebagai adik,
Meski ku tidak sebaik mana.

*terimalah nukilan ini, walau tidak seindah mana, namun ku harap ukhti menerima puisi ini dengan gembira.
Khas ku lakarkan buat ukhti ct Juliana. Jazakillah atas segala-galanya. A'an sayangkan kak Jue. ^_^

1 comment:

  1. terima kasih adikku sayang ..
    terharu :'( jaga diri dan jaga iman baik-baik ep
    jangan sedih2 .. kuatkan semangatmu sayang ..
    i'm happy ^__^

    ReplyDelete