Friday 6 June 2014

Alhamdulillah tiba saatnya utk berjihad di medan ilmu... :)


Beberpa hri lagi insya-Allah bulan Ramadhan yg kita nnt2kan akn menjelang...Subhanallah..syg betul Allah kat kita semua.... an pn insya-Allah akn kembali menyambung perjuangan yang masih belum selesai..! insya-Allah..doakn ye syg2...


soal hati soal cinta yg adq2 comel selalu ceritakn n bgtau kat qaq kita abikan ye syg...jum kita teruskan ap yg dihadapn kita...INSYA-ALLAH..smga Allah membantu disetiap langkah kita semua.. :)...INSYA-ALLAH...


benda tu tak penting buat masa sekarang kan adq2 syg :)... 



apa yang penting sekarang ialah bagaimana nak jihad supaya diri tak tergoda dengan hasutan syaitan..
kita kena jihad untuk sentiasa berikan waktu dan ruang untuk bersama dengan Al-Quran, hafal ayat-ayatnya .fahaminya dan mengamalkan apa yang telah Allah tetapkan..insya-Allah



dan bagaimana nak sediakan diri supaya bila mati nanti kita dapat mati dalam keadaan yang beriman dan bertaqwa kepada Allah..



bagaimana nak elakkan diri daripada diseksa di alam barzarkh dan dari seksa api neraka...



sebenarnya atas diri kita seorang terlalu banyak perkara dan komitmen yang perlu kita fikirkan dan persiapkan...

ini bukan soal main-main.. ini soal hidup dan mati


dalam kelekaan kita.. kita kena ingat Allah! jangan leka dari Allah... sesungguhnya Azab Allah sangat pedih!


dalam keseronokan hakikatnya terdapat berjuta seksa dan azab api neraka jika tidak diteliti dengan baik..



an sendiri pun amat memerlukan Allah dan sokongan orang di sekeliling an..
an tak nak jadi orang yang dibenci Allah dan manusia di sekeliling an...



an nak berubah jadi lebih baik...

an nak syurga Allah... an nak cintakan Allah.. an nak rindu hanya pada Allah dan bersandarkan Allah semata-mata bukan kerana nafsu semata..


an nak sangat jadi yang terbaik disisi Allah..

tapi an takut aku tak mampu tahap baik itu disisi Allah...


an bukan nak baik seorang diri tapi an nak sangat orang di sekeliling an pun baik juga sebab an nak sangat bersama-sama dengan orang yang membaca entry ini.. nak berkenal-kenalan dengan lebih rapat lagi di syurga...


awak doakan an dapat jadi lebih baik ya.. an rindu nak jadi lebih baik.. an rindu nak jadi penghafal Al - Quran... an rindu nak mujahadah di jalan Allah... awak ikut sama ya bersama-sama dengan an ...

kalau ada awak semua sekurang-kurangnya an tidaklah kesunyian di jalan mencari redha Allah..


kalau awak nampak an lalai.. awak tegur an ..kalau awak segan , awak doakan an dalam doa awak ep..


awak doakan an juga dapat jodoh yang baik-baik.. an nak sangat dia dapat bantu an untuk terus kuat di jalan Allah.. 



an sebenarnya tidaklah sekuat muslimah lain tapi an cuba jugak untuk jadi kuat walaupun untuk sekuat itu an harus menempuh pelbagai ujian dan rintangan.. an lebih rela andai ditemani airmata sepanjang hidup di jalan mencari redha Allah daripada ditemani kebahagiaan yang datang bertalu-talu hingga membuatkan an lupa pada Allah... awak doakan an kuat ya, an rindu sangat syurga Allah tapi an tak punya kekuatan untuk melawan hasutan syaitan jika an bersendirian.. an perlukan awak semua untuk bersatu teguh di jalan Allah..



awak, ayuhlah kita kembali ke jalan Allah .. dah lama Allah biarkan kita mencari jalan kebenaran tapi kita seringkali tersesat.. kini dah tiba masanya kita mencari jalan pulang mencariNya ... 




awak, jika awak masih belajar.. awak belajar baik-baik tau sebab itu amanah yang Allah dan amanah mak ayah kita .. amanah ini jika tidak dilaksanakan dengan baik nescaya di akhirat kelak Allah akan persoalkan..
adik-adik yang akak sayang fillah semua.. adik jangan libatkan diri adik dengan soal cinta ya... akak bimbang jika tak dikawal kelak adik juga akan rugi...



adik kena yakin pada Allah.. Allah dah tetapkan yang terbaik buat diri kita.. jodoh kita, mati kita dan rezeki kita .. adik tahu kan, kapel tu Allah paling tak suka sebab ia boleh menyebabkan hati kita lalai dari megingati Allah dan lalai dari apa yang telah Allah dan mak ayah amanahkan buat kita... 
adik jangan risau sebab jodoh tu akan datang juga, bila adik-adik dah sedia nanti ..
orang lelaki ni kadang hadirnya sekadar untuk menguji kita kadang hadirnya hanya  untuk mengisi ruang kosong dalam hati adik..bila dia bosan dia akan buang adik macam tu saja..




adik nak ke macam tu? akak tak nak ... akak lebih memilih untuk cinta lepas kahwin..
masa tu lagi sweet.. Allah pun tak marah lagi..  adik doakan akak dapat jodoh yang baik ep.. Aamiin


adik fokus pada belajar dulu.. akak pun nak fokus pada pelajaran dulu.. walaupun akak dh hmapir mncapai ap yg qaq n family serta org2 yg qaq sayangi idamkan,,,tpii  akak tetap berusaha keras tau.. sebab hanya orang yang berusaha saja mampu memperoleh kejayaan.. Allah tak kan beri kejayaan secara percuma tanpa sebarang usaha...

selain itu, adik kenalah juga solat, jaga hak Allah, jaga hak mak ayah, doa dan tawakal..
jangan pandai-pandai cari gaduh di sekolah pulak... tak payah nak jadi samseng.. kelak di akhirat kita bukan siapa-siapa juga dik.. hanya hamba Allah , tika itu kita tak punya apa-apa.. dengan samseng kita tu bukan boleh bawa kita ke syurga dengan percuma-percuma saja.. malah akan mengundang seksa kita di hadapan Allah kelak... di sana akan ada dua lembah di dalam neraka.. satu lembah tu akan dipenuhi ular yang lebarnya selebar leher unta dan panjangnya sebulan perjalanan.. dan satu lembah lagi akan dipenuhi kala jengking di sana kita akan diseksa sesuai dengan dosa kita yang kita lakukan di dunia ni..


adik kena hormat Allah, mak ayah, adik beradik, guru-guru di sekolah, rakan-rakan dan orang disekeliling kita.. adik baik.. akak pun suka tengok adik dan sejuk mata akak tengok adik-adik yang sopan santun..
tak ada faedah juga kita buat jahat, nakal ke atau sombong tak bertempat...
kalau kita pandai pun kita jangan sombong tau sebab semua tu nikmat Allah .. semua tu hak Allah bukan hak kita.. Allah bagi kita pinjam nikmat bagaimana memiliki kepandaian.. oleh itu adik-adik kena bersyukur tau..


kalau adik-adik kurang pandai jangan sedih, jangan pula malas pergi sekolah sebab disitu Allah sedang tegur adik.. Allah nak adik usaha lebih sikit dari yang pandai tadi..adik pun sebenarnya pandai cuma adik kena rajin.. cuba adik rajin sikit, akak yakin 200% adik kan dapat keptusan yang lebih baik dari yang pandai..
jangan putus asa ep adik.. Allah ada, lepas solat doa dengan Allah banyak-banyak.. Allah kan bagi apa yang kita minta cuma adik kena sabar lah sebab kadang Allah makbulkan doa adik cepat kadang lambat.. tengok atas amalan adik pula camna ...  



ok la sampai sini dulu.. kalau adik ada masalah adik kongsi la dengan akak.. insya-Allah nanti akak bantu apa yang patut .. adik doakan akak juga ep..sayang adik dan sahabat lain fillah! 

**selamat mlm n jgn lupa tau amaln sunat bfre tdr ye syg...wsslm :)

assalamualaikum....


No comments:

Post a Comment