Thursday 21 August 2014

jom menggapai mardhotillah...

Alhamdulillah .. syukur ke hadrat Ilahi kerna dengan limpah kurniaNya
kita masih lagi berpeluang untuk saling memberi dan menerima..

ku lihat kini, 
majoriti daripada kita sudah mula mendekatkan diri dengan Allah..
yang dulunya tidak menutup aurat kini semua sudah berubah
menjadi muslimah yang sempurna penjagaan auratnya..
yang dulu lalai dengan Al-Quran,
kini ku lihat berduyung-duyung daripada mereka yang ingin mengenal, memahami dan menghayati ayat-ayat cinta Allah ..
Subhanallah!




dulu mereka leka dengan hiburan,
seronok dengan budaya hedonisme, lepak, karaoke
dan seringkali pulang lewat malam..
kini mula menyibukkan diri dengan majlis ilmu, sibukkan diri dengan mencari guru
untuk mengaji Al-Quran , sibuk dengan zikir ,
dan cuba memperbetulkan mana yang sepatutnya dibetulkan..

dunia kini sudah mula berubah..
dunia kini sudah mula kembali kepada fitrah asalnya
iaitu untuk taat dan patuh kepada Allah..
namun tidak juga ku nafikan
bahawa disebalik perubahan positif ini
masih ada segolongan daripada kita
yang masih berada di dalam kelalaian
namun jangan kau menuding jari kepada mereka !
jangan sesekali sayang !

sebaliknya angkatlah kedua tanganmu ke langit
maka berdoalah kamu kepada Allah agar
mereka kembali ke jalan yang benar 
jalan yang diredhai Allah..

jangan begitu mudah menuding jari kepada insan lain..
bukankah kita yang dulu juga begitu?
bahkan lebih teruk daripada mereka..?
lupakah engkau wahai diri..?
jangan cepat bertindak sombong..
kita semua hamba Allah sayang..
dan hati kita sentiasa berbolak-balik
jaga hati kita baik-baik ye..
agar istiqamah di jalanNya


dulu ku lihat wajah mereka kusam, serabut dan tidak tenang!
kini, 
semuanya berubah !
wajah mereka sungguh tenang ! bersih ! sejuk mata memandang !
Subhanallah wa hamdulillah !
itulah bukti kasih sayang Allah..
Allahu..


setiap daripada kita berhak untuk menjadi lebih baik..
cuma terserah kepada diri kita sendiri mahu atau tidak??

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan suatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri " (QS 13:11)

yakinlah bahawa dengan mendekatkan diri dengan Allah dan mnegingati Allah
hati kita akan menjadi tenang.

Orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan, akan memperolehi kebahagiaan dan akan mendapat tempat kembali yang baik 
seperti yang dikatakan Allah dalam surah ( QS 13:29)

Subhanallah ! 

cukup senang kan nak dapat pahala sayang?
baru ja niat nak buat buat baik 
Allah dah bagi pahala cash!!
cash tu!!,
inikan pula kalau niat itu disertakan dengan perbuatannya ..
tapi kenapa kita selalu susah dan liat sangat untuk melakukannya??
pelik kan???Allahu


kalau benda yang jahat dan dosa ni mudah ja nak buat..
padahal benda yang mudah dan senang ni la yang akan membawa kita ke lembah kehinaan
seterusnya dihumban ke dalam neraka !
inilah dikatakan semuanya soal hati..
hati ini tempat jatuhnya pandangan Allah..
Allah tak nilai kita cantik ke, comel ke, segak ke..
tapi Allah nilai hati kita sayang..

bayangkan kalau Allah nilai kita dengan sifat luaran semata-mata !
sudah tentu ramai antara kita yang tidak comel, yang selekeh dihumban ke neraka..
yang macam comel ja yang macam cantik ja akan ke syurga ..
tak adil la kan sayang.. 
sebab tu la.. Allah nilai hati dan amalan kita ..
Allah kan maha Adil..
dah lupa ep?
nak kena nie.. (hihi)
nk kne cubit ni :)

jadi, jangan sedih jika kita banyak kekurangan yang bersifat luaran..
tak comel xpa.. tak hensem pun xpa..
yang penting awak-awak semua soleh dan solehah..
itulah aset paling mahal dalam diri awak pada pandangan Allah Azza Wajalla sayang...


apa kata kita mula ubah niat kita,
jom jadi baik !
jom tutup aurat !
jom jaga hati .. !
semuanya kerana Allah..


akhir kata, jom menggapai mardhotillah ..
 
saya sayang antum semua fillah ..
assalamualaikum ^_^


Wednesday 20 August 2014

muhasabah hati : "krik3..kita akn diuji dan terus diuji"








Tika pena berlari di atas sebuah kanvas kosong, terasa hati ini seperti itulah jua....

Kosong!!

hm...Kosong bukan bermakna tidak ada.

Bukan pula bermakna tidak sedar...

Diri ini masih tersedar...Allahu

Cuma ingin dikosongkan fikiran daripada semua masalah-masalah yang datang menjengah...

Tanpa henti. Ujian itu akan terus mengelilingi...Allahu

Sungguh, hidup ini tidak akan pernah sunyi daripada namanya ujian...

Kerana ujian itu perlu...

Kerana ujian itu pasti...

Kerana manusia itu perlukan ujian....

Biarpun diri tidak mampu, biarpun hati tidak mahu tetapi ALLAH Maha Tahu kita perlu diuji...

Untuk setiap kata yang dilafazkan. Apakah ia benar seperti yang dikata-katakan???

Untuk setiap perbuatan yang diamalkan. Apakah ia sudah mencapai darjah keikhlasan???

Semuanya perlu diuji….



“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan sahaja mengatakan: kami telah beriman, sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya, Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka. Maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.” (al-Ankabut: 2-3)



Diri ini cuba untuk bertenang, tatkala ujianNya datang bertandang...

CintaNya datang tiba-tiba, menghulur dengan sapaan yang membuatkanku kehilangan kata-kata untuk membalas sapaan cintaNya...insya-Allah

Ujian tanda Allah cinta, tetapi kenapa huluran cintaNya pahit, tidak semanis yang kita pintakan? Tidak seperti apa yang kita inginkan??

Kadang jadi bingung dan tertanya-tanya, kenapa harus diuji dengan sedemikian rupa?
Kadang diri tidak tertanggung beban rasa, sehingga air mata jatuh jua dalam menahan sebak di dada.

‘Salahkah kita menangis???Allahu..

Salahkah kita merasa hiba?’??

Mungkin ada yang bertanya sedemikian....

Kita cuma hamba biasa, bukan malaikat sayang...

Kita punyai rasa itu....

Rasa sedih, rasa kecewa, rasa hampa, rasa putus asa kerana sememangnya fitrah kita sebagai manusia dibekalkan rasa-rasa itu....

Allah swt telah  anugerahkan rasa itu pada manusia. Yang tinggal cuma bagaimana untuk kita mengawal semua rasa itu....Allahu

Tidak salah kita menangis....

Menangis bukan tanda kita lemah. Menangis bukan tanda kita mengalah.

Menangis adalah tanda kita mengakui kekuasaanNya. Mengakui segala takdiranNya...

Antara hati ingin dididik menerima atau tidak, kita perlukan tangisan itu. Untuk menenangkan hati yang gundah, untuk menenangkan emosi yang bergocak gelisah...

Mungkin ada yang masih mampu tersenyum tatkala diuji...

Senyum atau tangis, semuanya adaptasi rasa yang terlahir tika diuji...

Andai mampu tersenyum, senyumlah sayang dengan sepenuh keikhlasan dalam kesabaran. Andai ingin menangis, tangislah dalam ratapan tangis itu dalam sujud kepadaNya.

Walau apapun ujian yang diberikan, cubalah untuk bertabah sayang. Cubalah untuk menjadi kuat, meskipun hati terasa amat rapuh dan goyah… insya-Allah..


Firman Allah SWT: “(Allah) yang menciptakan kematian dan kehidupan (di atas dunia ini), buat menguji siapakah dalam kalangan kamu yang lebih baik amal perbuatannya, dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun.” (al-Mulk: 2)


‘Subhanallah…Maha Suci-Mu Ya Allah…’

Hati kembali beristighfar.

an mencuba. Sentiasa ingin mencuba.

Bertenanglah duhai hati. Bertenanglah duhai jiwa.

Itulah yang sering an bisikkan pada diri.

Di saat hati terasa amat goyah,an pohon DIA tidak menggoyahkan pegangan ini padaNya.

Walau apapun yang akan terjadi, an tetap ingin sentiasa berpegang teguh pada ikatan ini. 

Ikatan aqidah yang terpatri, bukan semudah-mudah untuk dilemahkan dengan bisikan-bisikan emosi.

Biarpun pada awalnya diri tidak mampu menahan rasa-rasa yang ada, biarpun cuba menahan  air mata ternyata ia gugur juga...Allahu

Pertama, memang an menangis kerana sedih... Sedih dengan dugaan yang datang itu, tidak mampu an hadapi dengan hati yang bertenang.

Kemudian an menangis lagi. Kali kedua, bukan menangis kerana sedih lagi. Tetapi menangis kerana terharu...Allahu

Kerana tatkala diri bermuhasabah kembali, air mata keharuan yang mengalir kerana tersedar DIA sedang menujukkan rasa cintaNya pada diri...Subhanallah..

Cuma diri yang ingin memilih mahu bersabar atau tidak???

Adakah ingin menerima huluran cinta itu dengan hati yang memberontak???

Sedangkan DIA sedang menghulur cinta...

Ya. Cinta agungNya...Subhanallah

Cuba tanya kembali, bahagia itu di mana sebenarnya? ??Bahagia yang hakiki itu ada di dalam jiwa sayang..
di dalam jiwa kita....

Dekat dengan diri, sentuhlah dadamu sendiri, maka engkau akan merasakan betapa ia cukup dekat...ALLAHU..Bahagia itu akan hadir bila kita bersyukur dan belajar menerima apa adanya sayang...

Cuba menerima segala aturanNya... Maka kita sebenarnya sedang menyentuh cahaya bahagia..
insya-Allah....






Biarlah air mata yang jatuh itu moga dapat menghapuskan rasa gelisah di jiwa....Semoga air mata yang mengalir itulah tanda kekerdilan kita sebagai hambaNya....Allahu..

Yang selayaknya untuk diuji dan diuji dengan pelbagai dimensi. Namun, ketahuilah sesungguhnya Allah itu Amat Adil sayang....

Tidak akan diberikan ujian itu melainkan DIA Maha Tahu kita mampu memikulnya....Tidak akan ditimpakan ujian itu, melainkan DIA Maha Tahu kita perlukan ujian itu untuk kita terus menjadi hambaNya yang kuat. Kuat dari sudut iman dan ihsan....

Kerana setiap ujian yang hadir, adalah suatu rahmat. Tiada ujian yang buruk, melainkan semuanya adalah ketentuan yang terbaik dari Yang Esa...

Biarpun yang diuji itu ternampak buruk, dan tersangat buruk pada pandangan mata zahir manusia, tetapi andai dilihat dari tembusan mata hati ternyata ianya adalah hikmah dari yang Maha Kuasa...

Hikmah itu tidak akan nampak andai tidak diselak. Hikmah itu tidak akan terzahir andai hati tidak dididik untuk menerima segala ketentuan dan bersyukur dengan pemberiannya....

Benar!!tidak semudah kata bicara!!....tidak semudah lafaz yang dikata!!...

Rasa berat dan perit itu hanya akan dapat dirasa oleh orang yang merasa...tetapi cubalah ‘menelan’ rasa itu dengan senyuman...keep smile alwys sayang..

Meskipun kelat, meskipun pahit, tetapi pasti ada manis yang akan terganti dari rasa pahit itu. Rasa manis dan nikmat itu akan datang di sebalik semua kepahitan...

Pelangi pasti akan muncul setelah ribut taufan yang melanda. Begitu jua kehidupan ini pasti akan ada bahagia di sebalik semua duka…Yakinlah sayang.!!!yakin!!


 “Kita akan diuji dan terus diuji, teruslah bersabar duhai pengejar cinta Ilahi

Makin Allah uji, makin Allah mencintai

Kata cinta kepadaNya, maka buktikanlah cinta itu dengan akur pada setiap takdiranNya”


p/s: “an menulis bukan beerti san sudah cukup kuat menghadapi setiap ujianNya, tetapi biarlah dengan tulisan yang terlahir dari sebuah rasa, mampu menguatkan hati ini tatkala ia berasa gundah dan goyah serta bisa menyentuh jiwa-jiwa yang membacanya juga…semoga kita terus kuat, terus tabah, terus tahan diuji, terus bersabar dalam ujian-ujianNya…Insya-Allah”


**SELAMAT MALAM TEMAN2KU SYG**

Sunday 3 August 2014

kERAna Dri ini sayang kepada KaMu.. :)

**ada satu kisah, jum hayati teman2 ;)
insya-Allah semoga kisah yg dititipkan ini mmberi satu inspirasi kpd kita semua :)
be + n smile alwys tau :)

"Sahabat A dan B bagaikan Aur dan tebing...ukhwah mereka sungguh utuh sekali...jika ada badai yg melanda..mereka pandai mncari penyelesaian n penghalangnya..nk tau ap kuncinya??kuncinya ialah jum kita hayati coretan ni :) "

sahabat A: assalamualaikum,awk, hujung minggu ni free tak?

sahabat B: w'salam wbt. free je awk. kenapa?

sahabat A: hujung minggu ni saya nak ajak awk pergi satu tempat. nak ikut tak?

sahabat B: okay awk. nnti kita pergi ya. tp tempat apa kita nak pergi tu awk?

sahabat A: adelah.. awk ikut je ye. ^_^ 

sahabat B: okay awk

hujung minggu tiba, si shabat A bawalah sahabat B nya

sahabat B: okay awk

hujung minggu tiba, si shabat A bawalah sahabat B nya pergi ke suatu tempat.. pergi ke pantai.. 

sahabat B: pantai.. syoknyaaaaaaaa.. smbil tersenyum..

sahabat A turut tersenyum. mereka berjalan di persisir pantai..masing masing diam.. merasai nikmatnya indah alam ciptaan ALLAH..

sahabat A : awak dahaga? kalau dahaga, saya nak pergi beli air. awk tnggu dekat sini ya
hujung minggu tiba, si shabat A bawalah sahabat B nya pergi ke suatu tempat.. pergi ke pantai.. 

sahabat B: pantai.. syoknyaaaaaaaa.. smbil tersenyum..

sahabat A turut tersenyum. mereka berjalan di persisir pantai..masing masing diam.. merasai nikmatnya indah alam ciptaan ALLAH..

sahabat A : awak dahaga? kalau dahaga, saya nak pergi beli air. awk tnggu dekat sini ya

sahabat B: yup.dahaga juga. okay. jgn lama lama taw. *Senyum*

sahabat A tadi pergi beli air..10 mnit kemudian dia duduk disebelah sahabat B ats pasir. menghulur secawan air. 

sahabat B: terima kasih

sahabat A : awak, awk pernah tak tak minum air seminggu, atau pon sehari suntuk pon takpelah. pernah?

sahabat B: tak pernah. orang cakap kalau tak minum air 3 hari, boleh mati. badan dehidrasi nnti. tak nak lah mati lagi. setengah hari tak minum pon dah lembik, dahaga sangat awk..

sahabat A: mati? mati jasad kita kan? :) awak pernah rasa tak bila kita tak solat satu hari suntuk.. jiwa kita akn mula nak mati. bahkan ada yang sudah mati. kita takut pada jasad kaku yang mati, tapi kita tak takut pada hati dan jiwa kita yang mati. solat tu macam kita perlukan air dalam kehidupan seharian kita.susah juga kan nk basuh baju, basuh pinggan, mandi kalau tiada air. :) awak, sedap tak air ni? sejuk?

sahabat B: *diam yang lama, mendengar* ahh? ermm.. sejuk, sejuk rasa seluruh badan bila minum. panas2 macam ni. :) sedap

sahabat A: sedapkan. saya pun rasa sedap.sejuk je rasa badan ni...awk, tahu tak macam tulah rasanya, damainya bila kita solat. air yg sejuk dan tenang tu, bila terkena pada kita yang tengah kepanasan, kehaussan, rasa damai kan? sejukkan? awak, mcm tulah solat kita. solat tu mendamaikan jiwa kita, menenangkan hati kita. damai yang menjalar ke seluruh tubuh yang kepanasan dan kehausan iman dan pengisian jiwa. 

sahabat B: ermm.. *pandangan kosong ke laut*

sahabat A: erm, awak, rasa tak angin yang menyapa kita ni? sejukkan? awak nampak tak angin ni? 

sahabat B: tak nampak tapi saya rasa ada.sejuk. berangin.

sahbaat A: senyum manis,*awak bernafas dengan udara ni kan?

sahabat B: ye awk. :)

sahabat A:  awak, siapa yang cipta angin ni. ? siapa yang bagi awak hidup udara nyaman ni?

sahabat B: ALLAH :)

sahabat A: pandai ah awk ni.. ^_^ jadi, setiap saat, setiap detik, kita perlu taat pada yang memberi nikmat ni semua pada kita. caranya yang pertama, yg paling penting, adalah SOLAT. solat adalah salah satu cara untuk membuktikan bahawa kita patuh pada ALLAH. yg cipta awak, saya, dan alam semua ni... cuba tengok pondok kat hujung pantai tu.

sahbaat B: erm, pondok tu. dh usang, dh buruk,kotor jugak. sikit lagi nak roboh.

sahabat A: *senyum*. ha, usang, buruk dan nak roboh.kotor. kenapa semua tu terjadi?

sahabat B: erm, sebab takde orang jaga and baiki kot.

sahabat A: kalau ada yang jaga dan bersihkan. mesti pondok tu cantik kan? cantik macam sahabat saya ni.. hehhee

sahabat B : of course. ade yg jaga semua, bersihkan hari2. hias cantik cantik. pondok tu mesti jadi cantik ^_^ mcm saya. tp sya lagi cntik. haha

sahabat A: pandai pun. jwapan tepat. pondok usang tu ibarat nya hati kita ni. bilamana solat kita tak terjga, tunggang langgang, compang camping.. lama lama hati kita jadi usang, buruk, rosak.kotor. hati kita dah mati sebelum jasad kita yang mati. tapi, bila kita jaga solat kita, hari2 kita hias hidup kita dengan solat, hari2 kita solat, hidup kita ni jadi cantik... jadi bersih, jadi berseri seri. betul tak awak? awak yang cntik ni pon makin cantik taw.

sahabat B: senyum dan jawab.* betul juga apa awk cakap. :)

sahabat A: cuba tengok laut yang biru, gunung, burung yang terbang... pasir yg halus, tumbuh tumbuhan yang hijau... cantikkan? hebatkan ALLAH?

sahabat B: cantik. hebat ^^

sahabat A: "FABIAYYI ALAA 'IRAABIKUMAA TUKADZDZIBAANN "

sahabat B: apa awk ckp? maksudnya apa?

sahabat A: sembil senyum.*maksudnya..(maka nikmat Tuhan manakah yang kamu dustakan).33 kali ALLAH ulang dalam surah ar-rahman..tapi sayang..kita manusia sila selalu mendustakan ciptaan ALLAH. kita mengaku itu ALLAH cipta, dan diri kita sndri ALLAH yang cipta. tapi, kita ingkar jua, kita tak sembah ALLAH juga. eh, jom lah balik. dh lewat petang. kejap lagi dah nak maghrib.

sahabat B: jom ^^.

sampai ke rumah, azan berkumandang...

sahabat A : awak, jom kita solat ^^ di surau

sahabat B : awak pergi dulu lah. saya ada kerja sikit

sahabat A: umm..okay awk.. saya solat dulu ya.

sempat dia meletakkan penanda buku di atas meja sahabatnya.

sahabat B ke toilet,kemudian masuk semula ke bilik. 20 minit kemudian,di surau sahabat A berdoa,, tak jemu berdoa sejak pertama kali dia inginkan sahabatnya berubah

" ya ALLAH, aku sampaikan apa yang aku ketahui pada sahabatku kerana Mu, dari dulu doa ini yang aku pinta padamu, perkenankanlah ya ALLAH...aku ingin melihat dia bersujud kepadaMU. aku cuba apa yang aku mampu. selebihnya aku serahkan padamu. bukakan pintu hatinya.aamiin"

sahbat A naik ke bilik. di buka pintu dan melihat sesosok tubuh berbalut putih, di atas tikar sejadah. dia mendengar ada esak tangis dalam kata kata

"ya ALLAH, aku banyak ingkar padamu, aku banyak lalai dengan hidupku. engkau hadirkan aku seorang insan yang benar2 menyedarkan aku tentang hidup ini. tiada makna hidupku tanpa solatku. ampunkan aku ya ALLAH. bimbing aku ke jalan yang engkau redhai. yang maha pengampun, ampunkn setiap dosa hamba ini, aku bertaubat ya ALLAH."

Usai berdoa, dia menangis teresak.. lalu, satu pelukan erat dari belakang..

syukurlah.. saya gembira awak.. terima kasih ya ALLAH.

sahabat B berpaling, menangis semahunya. memeluk tubuh sahabat nya.

awak, bimbing saya. saya nak berubah. ceritakan semuanya soal islam selagi awk berada dengan saya, saya nak mendalami islam. saya jahil

insyaALLAH syg.. saya akan usahakan. gembiranya hati ni.. saya sayang awk kerana ALLAH. :')

awak, terima kasih untuk ini *hulur penanda buku dengan ungkapan*

"“Tidak Aku ciptakan jin dan Manusia melainkan hanya untuk beribadah kepada-Ku.” (QS. Adz –Dzariyat: 56 )

dan

"KERANA AKU MENCINTAIMU, AKU INGIN KAMU KE SYURGANYA, TAATLAH PADA YANG SATU, SYURGA MENANTIMU"

terima kasih Tuhan.......kerana aku sayang kamu... wahai sahabatku.



**sekiannnn.. maaf, driku tak punya coretan yang menarik. :)
smoga coretan yang dilakar ini mnjadi inspirasi buat teman2ku yg disayangi :)
wasalam n selamat malam,,,jangan lupa amalan sunat bfre tdr tau :)