Wednesday, 29 October 2014




Krik3...Entri serba ringkas memandangkan driku tengah berada dalam situasi sibuk yang maha dahsyat "kononnya." ;-)



Maka terjadilah satu perbualan antara driku dan seorang manusia yang sangat ku hormati.




Beliau tanya, "Apa beza antara sayang, minat, suka dan cinta?"


Diam sekejap.


"Sayang tu, macam anda dengan saya. Itu sayang. Bila sama-sama saling membantu untuk ke syurga Dia dan berusaha untuk jauhi neraka Dia."


Masih tak ada balasan.

Driku sambung kepada definisi kedua.


"Minat tu macam perasaan peminat-peminat saya terhadap saya. Haha."


Sengih.


Biasalah definisi syok sendiri. Krik3!!


"Suka tu macam hubungan antara saya dengan makanan."

Dia masih tekun mendengar.


"Terakhir, cinta. Cinta ni boleh disimpulkan sebagai peluang. Kalau manusia ada limitnya, paling hebat pun kalau diberi peluang kedua. Jarang-jarang dapat peluang ketiga.

Jadi cinta ni macam bila Allah masih bagi kita peluang untuk hidup lagi walaupun kita dah banyak sangat buat dosa dan masih berterusan buat dosa. Allah masih bagi dua peluang besar. Peluang untuk hidup, dan peluang untuk bertaubat."


Beliau ketawa.

"Nice."


Krik3....snym...;-)

No comments:

Post a Comment