Tuesday, 7 May 2013

Umi selalu pesan :)

Assalamualaikum..

Dari dulu lagi umi saya selalu cakap pada saya ;

" Kakak, masa akan datang kita tak tau berapa kerat je orang yang pandai mengaji Quran boleh ajar Quran kat anak-anak masa akan datang.."

" kakak tau mengaji Quran, mana tau nanti kakak lak mengajar budak2 ngaji..bersinar-sinar rumah kakak nanti.. senang tak payah nak hantar mengaji kat orang, sebab kita tak tau orang ajar apa kat anak kamu nanti" sambung mak..

Dalam hati saya cuma dapat mengaminkan sahaja apa yang mak saya cakap tu..walaupun saya ni bukan la pakar sangat dalam bacaan Quran serta tajwid ni.. Tapi saya akan cuba jugak belajar lebih dalam lagi dalam ilmu Quran ni..Supaya dapat ajar anak2 kelak.. InsyaAllah jika umur panjang...


Monday, 6 May 2013

Syukran Jazillan Ya Sahabat =)

Masy'Allah.. Subhanallah.. Alhamdulillah..

Syukur Alhamdulillah dan terima kasih sahabat kerana sudi menghadiahkan buku ini kepada saya..




Sudh smstnya bila msa trluang..cik buku la an cti..bkn ap..an akui msh bnyk ilmu yg an kne cri..smkin byk an selami..mkin byk rse kekurngn menerpa dri.. masa duk rehat2 tenagkan fkrn  tadi.. alhamdulillh kira2 3 hari je an hbskn buku ni.. :) biasala an bc time an rest tu yg lmbt habis tp..wktu sesi mmbce isi yg tersirat dlm buku nii an rasa macam nak nangis tau.. Memang menyentuh hati dan perasaan sungguh buku ni..Alhamdulilah..satu ketika insya-Allah an nk sgt jmpa dgn pngarangnya..ingin juga mnjdi sepertinya :-)

Alhamdulillah,  temanku cik bunga ats pmberian ni alhamdulillah..Terima Kasih banyak2 ye sahabat.. =)

Buku ni memang sangat berguna pada an.. Isi kandungan buku ni pun sangat menarik..
Oleh itu, an sarankan carilah dan bacalah buku ni..memang sangat menyedarkan kita semua.. Nak cerita banyak2 apa yang sanbaca rasanya macam tak seronok lah..lagi seronok kalau baca sendiri..Krik3..smile
=)

Sunday, 5 May 2013

Tautan hati...(^_*)


Assalamualaikum sahabat2ku,
Terlebih dahulu ingin an memohon maaf kerana telah lama menyepi daripada blog ini. Terutama kat adq2 yg qaq an syg yg alwys bgtau blog qaq dh berhabuk ;-)..nnt adq2 tlg bersihkn debu2 ye ;-)..tq juga kat abg2 serta qaq2 yg alwys bg pndgn serta perbaiki ap kekurngn dlm penulisn an..tq tau..Apa khabar iman semua?? Diharap semuanya baik.

An ingin berkongsi dengan teman2 tentang novel Tautan Hati karya Ustazah Fatimah Syarha yang baru sahaja an habis baca tadi. Alhamdulillah.



Subhanallah, apa yang an baca banyak yang member manfaat kepada an. Cukuplah ianya telah membuatkan hidup an berseri kembali dengan sinar Islam.

Dalam cerita ada tarbiyah, dalam cerita banyak ilmu yang boleh digarap. An rasa bersyukur sangat kerana msih dberi peluang untuk mncri ilmu2 Allah..lgi2 apabila org2 yg an syngi dsekeliling an sentiasa mmbimbing serta memegang tgn an  ..Alhamdulillah..dgn kehadiran mrka..hri demi hari plbgai ilmu serta perubhn brlku dlm hdp an..syukur alhamdulilh. 

Novel ini juga mengajar an bagaimana hendak menjadi mawar agama yang ikhlas, berkasih sayang kerana Allah, mengukuhkan ukhuwwah dengan usrah dan banyak lagi.

Dalam novel ini juga ada mengajar supaya menjaga ikhtilat serta pandangan. Ada juga terselit kisah-kisah cinta yang boleh dijadikan pengajaran serta contoh.

Sungguh, an ingin menjadi mawar agama yang harum mewangi seperti watak Asiah Yusra dan Elya Khadeeja.

An akui..an hnya insan yg kerdil dalam usaha menjadi seorang yang lebih baik pada hari ini dan hari seterusnya.Insya-Allah..yg pling an gembira..byk prkra tlh mnjgr an n mnjdikn an matang walaupn kdg2 kebudq2 kan sdikit...namun hnya dgn yg rapat je ye :-)..yg pntg smile alwys
Doakan an agar terus istiqamah, sahabat. Semoga Allah merahmati semua. An syg teman2 an.. :-)


Inginku punya ukhuwah yang kuat,
Yang cintakan Allah dan RasulNya.
Bersama hingga ke syurgaNya,
Dalam menuju jalan Allah.

Aku ingin menjadi mawar agama yang harum mewangi,
Tak lagi mendambakan cinta manusia yang tak pasti,
Aku cuma menagih cinta dan kasih Ilahi yang hakiki.





Monday, 25 March 2013

Ziarah menziarahi :)

Assalamualaikum...



Saya nak cerita ni.. Tadi saya pergi melawat anak jiran yang kemalangan tempoh hari.. Dia dah balik dari hospital..

Alhamdulillah dia telah sembuh dan dah melepasi fasa-fasa kritikal dan dah sedar dari koma..

Melihat keadaannya tadi, wajah serta fizikalnya berubah menjadi semakin kurus..sungguh berbeza dengan keadaan sebelumnya..

Mendengar cerita dan melihat keadaannya membuatkan saya nak menangis..dalam hati cuma berdoa moga dia cepat sembuh dan boleh pergi sekolah macam biasa balik tahun depan.. Saya faham keadaan orang yang sakit ni..sebab saya pun pernah merasainya.. Kalau asyik terbaring, bosan dan rasa sungguh tak selesa..

Mak dia cerita, dia kemalangan hari Jumaat, dia sedar dari koma hari Jumaat dan dia mula bercakap hari Jumaat jugak.. Lagi satu, mak dia cakap lagi.. Kemalangan anaknya ni merupakan sebuah hikmah yang tersembunyi buatnya..kerana lepas anaknya kemalangan, dia semakin dekat dengan Allah..Alhamdulillah, berfikiran positif sungguh ibunya..

Semua ujian yang berlaku dan menimpa kita semua terkandung hikmah yang tersembunyi.. Apa yang penting kena selalu bersangka baik dengan Allah dan selalu berdoa dan sujud kepadaNya..

Semasa melawat orang sakit, ada adab-adabnya juga tau untuk saya kongsikan dengan sahabat2 semua...

1. Ketika berada disisinya, hendaklah kita sentuh dan pegang tangannya kemudian letakkan tangan di dahinya dan tanya tentang penyakit dan keadaannya sekarang.
2. Doa dan ceritakan tentang kelebihan sakit yang dialami oleh para sahabat, Rasul dan Nabi dan juga orang beriman supaya pesakit itu tidak merasa resah gelisah terhadap kesakitan yang dialaminya. Menyampaikan ucapan yang baik, dapat menghiburkan hati si sakit dan menguatkan jiwanya. Contohnya beri ucapan: “Tidak apa-apa insyaAllah lekas sembuh.”
3. Berikanlah nasihat-nasihat yang baik serta ucapkan perkataan “Sabarlah sakit ini adalah salah satu ujian Allah dan cubaan semata-mata di atas ketakwaan seseorang terhadap Allah kerana sakit ini juga, seseorang memperolehi ganjaran pahala yang banyak”.
4. Jangan makan makanan yang dihadiahkan kepadanya atau makanan yang telah disediakan untuknya. Sekiranya kita makan makanan tersebut, hilanglah pahala ibadah ziarah itu.
5. Sunat dibacakan doa untuknya yang bermaksud:
“Ya Allah ! Hilangkanlah penyakitnya, wahai Tuhan bagi manusia sembuhkanlah, Engkaulah yang menyembuhkan tidak ada sembuhan melainkan sembuhan dariMu jua, sesuatu sembuhan yang tidak meninggalkan sebarang penyakit”. (Riwayat at-Tirmizi)
6. Pendekkan waktu ziarah. Sebolehnya, kadang-kala si pesakit ingin tidur, atau ingin makan ubat dan tukar pakaian. (kecuali si sakit mengkehendaki sebaliknya)
7. Wanita boleh menziarahi lelaki. Dalil: Aisyah ra pernah menziarahi Bilal bin Rabah ra yang sakit demam panas
8. Boleh juga menziarahi orang bukan Islam. Dalil: alBukhari meriwayatkan dalam bab menjenguk orang musyrik.

Terdapat banyak hadits yang menyebutkan tentang anjuran dan kelebihan menziarahi orang sakit, antaranya sabda Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam bermaksud:-
“Sesiapa yang menziarahi orang sakit atau menziarahi saudaranya kerana Allah, nescaya penyeru (malaikat) akan berseru kepadanya: “Alangkah bagusnya engkau, alangkah bagusnya perjalananmu, telah tersedia untukmu sebuah rumah di dalam syurga!”.
(Hadits riwayat at-Tirmidzi)