Friday, 10 May 2013

MILIK SIAPAKAH HATI ITU ?? :)

MILIK SIAPAKAH HATI ITU ??? :)

                                                                  
Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum w.b.t,

          Alhamdulillah, segala puji bagi Tuhan semesta alam. Selawat serta salam dilimpahkan kepada junjungan Nabi Muhammad s.a.w, keluarga, sahabat dan seluruh orang yang memperjuangkan syariatnya sampai hari kiamat. Amin ya ilahal’alamin.

Sebelum meneruskan pembacaan..marilah kita sama-sama beristighfar terlebih dahulu..dan doakan juga untuk sahabat kita di Gaza.

Astaghfirullahal’azim (7x)

*********
Perbualanku dengan adikku Amjad,

Amjad: “Kakak, macam mana la law kita berada di Gaza, kan? Tak tahu nasib kita..Mati akan mai bila-bila ja kan?”

Diriku: “ye..tapi..kat kita kat sini pun..jika Allah tarik nyawa kita, mati juga”.

Amjad : “Macam mana law mati sekarang..amalan tak banyak lagi..hati tak bersih lagi..macam-macam ada..”.

Diriku: “ Allahurabbi..itu la dik..kita kena jaga hati kita..perbaiki diri, banyakkan amalan..moga-moga Allah terima amalan kita”.

*********

          Selepas perbualan itu, ku mengenangkan hati ini. Allah..takut-takut masih banyak kekotoran. Ku terimbau kembali perbualanku dengan seorang adik juniorku..

********
Adik junior: Akak..nak tanya..hati akak milik siapa?

Diriku: : “Milik Allah…”.

Adik junior : “Em…akak..law hati ini milik Allah..nanti Allah nak balik tak?”

Diriku : “Adikku sayang..hati ini akan dikembalikan kepada tuan asalnya..kerana kita hanya meminjam. Cuba adik bayangkan..sekarang nie pun, jika kita pinjam barang orang, mesti nak pulangkan dengan keadaan yang baik, kan?”

Adik junior: “ A’ah..mesti la akak. Em..akak..jika hati kita dah rosak..dan kita cuba pulihkan..tapi ia rosak kembali..cam mana akak? Susah la nak jaga hati…kejap ok..kejap tak”.

Diriku: “Sekurang-kurangnya kita usaha dik. Malu tak jika sekarang, tiba-tiba hati kita perlu dihantar kembali kepada tuannya, Allah? Banyak yang tak baik tentang hati kita. Selama nie..kita tak sedar..kita pinjam je daripada Allah.”

Adik junior: “Allah..yer la akak. Malunya…macam tak sanggup nak bagi balik sekarang. Akak..mesti sekarang..Allah tahu segalanya tentang hati kita kan?”

Diriku: “Mesti la dik..Allah itu kan Maha Mengetahui.”

Adik junior:” Allah..malunya..kalau la orang lain dapat tengok hati adik sekarang..emm..hinanya diri ini”.

Diriku: “ Adik..tahu tak..Nabi Muhammad s.a.w selalu berdoa:

“Ya Allah yang mengarahkan hati, arahkanlah hati-hati kami untuk taat kepada-MU”
(HR. Muslim)

Adik junior: “Akak..adik takut mati la..”.

Diriku“Kematian hati adalah satu perkara yang menakutkan bagi insan yang bergerak mencari keredhaan Allah s.w.t dalam kehidupannya.”

Akhirnya..kami berpelukan. Sama-sama cuba muhasabah.

*********
          Sedarlah..hati ini pemilik Allah. Nanti akan dipulangkan kepada tuannya. Jagalah dengan baik. Allah itu Maha Mengetahui atas sesuatu. Malulah kepada Allah apa yang berlaku kepada hati kita. Allahurabbi..


Ya Allah, Tuhan Pemilik hati kami,
Tetapkanlah hati kami agar sentiasa taat kepada-Mu,
Menjauhi larangan-Mu,
Sesungguhnya Engkau Maha Melihat & Maha Mengetahui.

MengenLi sESeorang ituuu ;)


Mengenali Seseorang Itu...

                                                                              

Mengenali seseorang itu…

Kadangkala membuat kita ketawa,

Mengenali seseorang itu…

Kadangkala membuat kita mengalirkan air mata.

Sesungguhnya mengenali seseorang itu…

Mampu memberi sejuta rasa.

Marah..



Sedih..


Gembira..
 

Sayang..
                                                                               

Rindu..
 

Tapi, sedarkah kita?

Mengenali seseorang itu…

Sebenarnya adalah satu anugerah,

Biarpun hanya seketika,

&

Sekadar teman sementara.

Bersyukurlah dengan kehadirannya.

Kerana itu adalah ketentuan-Nya,

Yang pasti terselit hikmahnya.

Tuesday, 7 May 2013

Umi selalu pesan :)

Assalamualaikum..

Dari dulu lagi umi saya selalu cakap pada saya ;

" Kakak, masa akan datang kita tak tau berapa kerat je orang yang pandai mengaji Quran boleh ajar Quran kat anak-anak masa akan datang.."

" kakak tau mengaji Quran, mana tau nanti kakak lak mengajar budak2 ngaji..bersinar-sinar rumah kakak nanti.. senang tak payah nak hantar mengaji kat orang, sebab kita tak tau orang ajar apa kat anak kamu nanti" sambung mak..

Dalam hati saya cuma dapat mengaminkan sahaja apa yang mak saya cakap tu..walaupun saya ni bukan la pakar sangat dalam bacaan Quran serta tajwid ni.. Tapi saya akan cuba jugak belajar lebih dalam lagi dalam ilmu Quran ni..Supaya dapat ajar anak2 kelak.. InsyaAllah jika umur panjang...


Monday, 6 May 2013

Syukran Jazillan Ya Sahabat =)

Masy'Allah.. Subhanallah.. Alhamdulillah..

Syukur Alhamdulillah dan terima kasih sahabat kerana sudi menghadiahkan buku ini kepada saya..




Sudh smstnya bila msa trluang..cik buku la an cti..bkn ap..an akui msh bnyk ilmu yg an kne cri..smkin byk an selami..mkin byk rse kekurngn menerpa dri.. masa duk rehat2 tenagkan fkrn  tadi.. alhamdulillh kira2 3 hari je an hbskn buku ni.. :) biasala an bc time an rest tu yg lmbt habis tp..wktu sesi mmbce isi yg tersirat dlm buku nii an rasa macam nak nangis tau.. Memang menyentuh hati dan perasaan sungguh buku ni..Alhamdulilah..satu ketika insya-Allah an nk sgt jmpa dgn pngarangnya..ingin juga mnjdi sepertinya :-)

Alhamdulillah,  temanku cik bunga ats pmberian ni alhamdulillah..Terima Kasih banyak2 ye sahabat.. =)

Buku ni memang sangat berguna pada an.. Isi kandungan buku ni pun sangat menarik..
Oleh itu, an sarankan carilah dan bacalah buku ni..memang sangat menyedarkan kita semua.. Nak cerita banyak2 apa yang sanbaca rasanya macam tak seronok lah..lagi seronok kalau baca sendiri..Krik3..smile
=)