Monday, 25 March 2013

Ziarah menziarahi :)

Assalamualaikum...



Saya nak cerita ni.. Tadi saya pergi melawat anak jiran yang kemalangan tempoh hari.. Dia dah balik dari hospital..

Alhamdulillah dia telah sembuh dan dah melepasi fasa-fasa kritikal dan dah sedar dari koma..

Melihat keadaannya tadi, wajah serta fizikalnya berubah menjadi semakin kurus..sungguh berbeza dengan keadaan sebelumnya..

Mendengar cerita dan melihat keadaannya membuatkan saya nak menangis..dalam hati cuma berdoa moga dia cepat sembuh dan boleh pergi sekolah macam biasa balik tahun depan.. Saya faham keadaan orang yang sakit ni..sebab saya pun pernah merasainya.. Kalau asyik terbaring, bosan dan rasa sungguh tak selesa..

Mak dia cerita, dia kemalangan hari Jumaat, dia sedar dari koma hari Jumaat dan dia mula bercakap hari Jumaat jugak.. Lagi satu, mak dia cakap lagi.. Kemalangan anaknya ni merupakan sebuah hikmah yang tersembunyi buatnya..kerana lepas anaknya kemalangan, dia semakin dekat dengan Allah..Alhamdulillah, berfikiran positif sungguh ibunya..

Semua ujian yang berlaku dan menimpa kita semua terkandung hikmah yang tersembunyi.. Apa yang penting kena selalu bersangka baik dengan Allah dan selalu berdoa dan sujud kepadaNya..

Semasa melawat orang sakit, ada adab-adabnya juga tau untuk saya kongsikan dengan sahabat2 semua...

1. Ketika berada disisinya, hendaklah kita sentuh dan pegang tangannya kemudian letakkan tangan di dahinya dan tanya tentang penyakit dan keadaannya sekarang.
2. Doa dan ceritakan tentang kelebihan sakit yang dialami oleh para sahabat, Rasul dan Nabi dan juga orang beriman supaya pesakit itu tidak merasa resah gelisah terhadap kesakitan yang dialaminya. Menyampaikan ucapan yang baik, dapat menghiburkan hati si sakit dan menguatkan jiwanya. Contohnya beri ucapan: “Tidak apa-apa insyaAllah lekas sembuh.”
3. Berikanlah nasihat-nasihat yang baik serta ucapkan perkataan “Sabarlah sakit ini adalah salah satu ujian Allah dan cubaan semata-mata di atas ketakwaan seseorang terhadap Allah kerana sakit ini juga, seseorang memperolehi ganjaran pahala yang banyak”.
4. Jangan makan makanan yang dihadiahkan kepadanya atau makanan yang telah disediakan untuknya. Sekiranya kita makan makanan tersebut, hilanglah pahala ibadah ziarah itu.
5. Sunat dibacakan doa untuknya yang bermaksud:
“Ya Allah ! Hilangkanlah penyakitnya, wahai Tuhan bagi manusia sembuhkanlah, Engkaulah yang menyembuhkan tidak ada sembuhan melainkan sembuhan dariMu jua, sesuatu sembuhan yang tidak meninggalkan sebarang penyakit”. (Riwayat at-Tirmizi)
6. Pendekkan waktu ziarah. Sebolehnya, kadang-kala si pesakit ingin tidur, atau ingin makan ubat dan tukar pakaian. (kecuali si sakit mengkehendaki sebaliknya)
7. Wanita boleh menziarahi lelaki. Dalil: Aisyah ra pernah menziarahi Bilal bin Rabah ra yang sakit demam panas
8. Boleh juga menziarahi orang bukan Islam. Dalil: alBukhari meriwayatkan dalam bab menjenguk orang musyrik.

Terdapat banyak hadits yang menyebutkan tentang anjuran dan kelebihan menziarahi orang sakit, antaranya sabda Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam bermaksud:-
“Sesiapa yang menziarahi orang sakit atau menziarahi saudaranya kerana Allah, nescaya penyeru (malaikat) akan berseru kepadanya: “Alangkah bagusnya engkau, alangkah bagusnya perjalananmu, telah tersedia untukmu sebuah rumah di dalam syurga!”.
(Hadits riwayat at-Tirmidzi)

Thursday, 13 December 2012

´¨*•.¸ℒℴνℯ - PESANAN DARI HATI - ℒℴνℯ¸.•*¨´

ʚįɞ✿ღ♥ʚįɞ✿ღ♥ʚįɞ✿ღ♥ʚįɞ✿ღ♥ʚįɞ✿ღ♥​ʚįɞ✿ღ♥ʚįɞ✿ღ♥ʚįɞ✿ღ♥ʚįɞ✿ღ♥✿ღ♥

Duhai Saudara SEISLAMKU,
Jgnlah engkau risau akan nikmat² yg belum kau miliki,
tapi risaulah akan nikmat² yg belom kau syukuri.
Terkadang Allah menganugerahkan nikmat melalui 
masalah & memberi masalah melalui nikmat..SubhanAllah..

ʚįɞ✿ღ♥ʚįɞ✿ღ♥ʚįɞ✿ღ♥ʚįɞ✿ღ♥ʚįɞ✿ღ♥​ʚįɞ✿ღ♥ʚįɞ✿ღ♥ʚįɞ✿ღ♥ʚįɞ✿ღ♥✿ღ♥

Wednesday, 12 December 2012

GYA TDUR (^_^)..JUM BCE

Mengibas tempat tidur sebelum berbaring untuk tidur.

Daripada Abu Hurairah RA katanya, sabda Nabi SAW:

إذا أوى أحدكم إلى فراشه فلينفض فراشه بداخلة إزاره، فإنه لا يدري ما خلفه عليه، ثم يقول: باسمك ربي وضعت جنبي وبك أرفعه، إن أمسكت نفسي فارحمها، وإن أرسلتها فاحفظها بما تحفظ به عبادك الصالحين


Mafhumnya: “Apabila seseorang daripada kamu menghampiri tempat tidurnya, maka hendaklah dia mengibas tempat tidurnya dengan hujung kainnya, kerana sesungguhnya dia tidak mengetahui apa yang ada di atasnya, kemudian membaca: Dengan nama tuhanku, daku meletakkan lambungku, dan dengannya juga aku mengangkat lambungku, sekiranya Engkau (Ya Allah) mengambil nyawaku, kesihanilah ia, sekiranya Engkau (Ya Allah) membiarkan dia terus hidup, maka peliharalah ia sepertimana Engkau memelihara hamba-hambaMu yang saleh.” (HR al-Bukhari dan Muslim)

Meletakkan tangan kanan di bawah pipi kanan ketika tidur.


Daripada Huzaifah bin al-Yaman RA katanya:

كان النبي - صلى الله عليه وسلم - إذا أخذ مضجعه من الليل، وضع يده تحت خدِّه، ثم يقول: «اللهم باسمك أموت وأحيا» وإذا استيقظ قال: «الحمد لله الذي أحيانا بعد ما أماتنا وإليه النشور


Mafhumnya: “Adalah Nabi SAW apabila pergi ke tempat tidur untuk tidur malam, baginda meletakkan tangan di bawah pipinya, kemudian membaca: “Ya Allah dengan namaMu aku mati dan hidup”. Apabila baginda bangun dari tidur baginda membaca: “Segala puji bagi Allah yang menghidupkan kami setelah Dia mematikan kami, dan kepadaNyalah dihimpunkan (semua makhluk).” (HR al-Bukhari. Al-Imam al-Bukhari juga menjadikan hadith ini di bawah tajuk Bab Meletakkan Tangan Di Bawah Pipi kanan)



p/s : apa gaya tidur anda?

Saturday, 29 September 2012