Wednesday, 29 October 2014




Krik3...Entri serba ringkas memandangkan driku tengah berada dalam situasi sibuk yang maha dahsyat "kononnya." ;-)



Maka terjadilah satu perbualan antara driku dan seorang manusia yang sangat ku hormati.




Beliau tanya, "Apa beza antara sayang, minat, suka dan cinta?"


Diam sekejap.


"Sayang tu, macam anda dengan saya. Itu sayang. Bila sama-sama saling membantu untuk ke syurga Dia dan berusaha untuk jauhi neraka Dia."


Masih tak ada balasan.

Driku sambung kepada definisi kedua.


"Minat tu macam perasaan peminat-peminat saya terhadap saya. Haha."


Sengih.


Biasalah definisi syok sendiri. Krik3!!


"Suka tu macam hubungan antara saya dengan makanan."

Dia masih tekun mendengar.


"Terakhir, cinta. Cinta ni boleh disimpulkan sebagai peluang. Kalau manusia ada limitnya, paling hebat pun kalau diberi peluang kedua. Jarang-jarang dapat peluang ketiga.

Jadi cinta ni macam bila Allah masih bagi kita peluang untuk hidup lagi walaupun kita dah banyak sangat buat dosa dan masih berterusan buat dosa. Allah masih bagi dua peluang besar. Peluang untuk hidup, dan peluang untuk bertaubat."


Beliau ketawa.

"Nice."


Krik3....snym...;-)

Tuesday, 28 October 2014

Amaran!!



Krik3....Sukaaa...... sangat suka bercerita tentang manisnya ukhuwwah...indhkn syg

Masih ingat lagi, masa sekolah dulu, senior-senior selalu pesan.

"Kalau nak cari sahabat, cari manusia yang bila kita tengok dia, kita ingat Allah. Kalau tak ada, kitalah yang kena jadi pemula."

"Sahabat soleh ni susah untuk dijumpai, maka dalam usaha mencari, usaha juga untuk menjadi."

*****^^

Gambar di atas, cukup untuk jelaskan, bahawasanya tak ada manusia yang sempurna.

Masa tulis ni, dalam fikirn sibuk fikir. "Apa bendalah yang nak dcoret nii."

Krik3....^^

Tak, point ada. Intro yang tak ada. End up jadi macam ni lah. ^^^ smile...

Maka tujuan menulis di sini adalah apabila berlakunya krisis dua manusia. Krisis manusia biasanya melibatkan hati...ha!!! Hatiiiii


Ada yang bertanya, apakah ikatan ini cukup dengan doa?

Maka jawapan saya, tidak....krik3

Sebab apa? Sebab hati manusia ni macam kain yang basah.hmmmmNak keringkan dia, jemur. Tapi andai kata cuaca tak menentu. Kejap hujan, kejap ribut. Bila nak kering? So dari situ, based on kreativiti masing-masing, kita iron supaya beliau kering.

Apa bendalah perumpaan.

Serius, serius. Tutup topik kain.^^^

Kita hidup kat dunia ni atas dua pilihan.

Ya atau tidak.
Benar atau salah.
Adil atau zalim.
Tinggi atau rendah.
Taat atau ingkar.
Tebal atau nipis?
Mato atau Inche Gabbana?

Okey abaikan.


Driku bukanlah manusia yang layak bercakap tentang manisnya ukhuwwah.

Driku bukanlah manusia yang layak bercakap tentang perihnya dakwah.

Driku bukanlah manusia yang layak bercakap tentang payahnya tarbiyah.

Tapi an rasa, adalah selayaknya an bercakap tentang indahnya aturan Allah.

Walaupun benar, an bukanlah yang paling layak.

Rasa macam faham tak apa yang an cuba sampaikan? Harapnya fahamlah, sebab an bukanlah manusia yang memberi kefahaman, hakikatnya hanya Allah saja yang mampu beri kefahaman pada manusia.

*****

Lagi-lagi bercakap tentang ukhuwwah...^^


Tapi apakan daya, setiap yang pahit ada manisnya. Setiap yang masin ada sedapnya. Setiap yang sabar ada ganjarannya.

Percayalah. Rasa tak suka tu biasa. Sebab kita manusia.

Tapi kalau dalam bidang perubatan, doktor akan cuba rawat sebelum sakit tu merebak. Takkan dibiar luka tu lama-lama. Takkan dibiar kanser tanpa apa-apa bantuan. Takkan dibiar demam berterusan.

Macam tu juga hati.

Hati ni, Allah bagi satu saja bagi setiap manusia. Tapi yang satu inilah yang besar peranannya.

Sebab apa? Sebab pada hati ada sesuatu.

Apa sesuatu tu? Sesuatu itulah yang mengawal kita. Jika baik hatinya, maka baiklah jiwanya. Jika kotor hatinya, maka kotorlah jiwanya.


Pernah ditanya, apa yang paling menggembirakan dalam berukhuwah.

Maka jawapannya, bila mereka senyum pada kita.

Dan siapa sangka, besar peranan senyuman.

Lalu ditanya, kalau hati kita tak suka pada dia. Mungkin sebab kulit dia gelap, atau badan dia besar, atau sebab fizikalnya yang tak lawa. Tak menarik.

Maka di sini  ada satu soalan....jeng2..hehe

Kita tak suka orang, kita rasa orang suka sangat ke kita ni???ha..cba fikirkn syg..


Lalu diminta pula tips untuk berukhuwwah.

Insya-Allah an cuba kongsikan sedikit sebanyak. Kalau ada tambahan, boleh kongsikan di ruang komen inshaallah.

Ukhuwwah ni satu ikatan tanpa tali, tapi berpaksi.

Jadi apa paksi ukhuwwah kita?

Sebaiknya biarlah berpaksikan iman.

Macam mana caranya? Haa bacalah novel Sinergi tulisan Hilal Asyraf..hehe krik3...^^


Apa caranya ukhwah fillah>>?

Kalau jawapan klisenya, ingat dalam doa. Tapi mana ada cukup sekadar doa.

Doa sebagai penghubung.

Tapi kena ada yang mengikat, yakni usaha.

Tapi apa usaha untuk ikat?

Kalau jenis yang cheesy, bagi surat.

Kalau jenis yang suka menangkan ego, sampai nak cakap sayang pun susah, tunjukkanlah melalui perbuatan.

Mesej tanya dah makan ke belum.

Tak pun mesej tanya khabar.

Tapi based on pengalaman, rasa tahu tak, rasa rugi. Bila kita tak sempat beritahu dia yang kita sayang dia, dan dia dah tinggalkan kita.


Kadang-kadang, sahabat kita jenis nak bercerita. Tapi tak tahu pada siapa.

Kadang-kadang, sahabat kita nakkan perhatian, tapi tak tahu nak minta.

Kadang-kadang, sahabat kita cuma rindu nak pandang wajah kita, dengar suara kita.

Dan kadang-kadang, mungkin mereka, pada pandangan kita, cukup sekadar adik-adik junior.

Dan, pernah berdasarkan pengalaman, yang nampak paling diam itulah yang paling hebat ilmunya. Yang pada pandangan orang-orang lama (baca: syg), sangat biasa. Tapi dia sebenarnya sangat luarbiasa.

Jadi inilah permulaan dimana kita mulakan konsep;

"Mad'u ana, sahabat ana."

Ya, boleh saja guna kata ganti nama lain.

Ambo
Saya.
Beta.
Gua.

Dan boleh juga guna nama sendiri. Contoh nama Firdaus.

"Mad'u Firdaus, sahabat Firdaus."


*****

Salinglah memberi. Tak luak pun duit inshaallah.

Belikan air sekotak pun dah cukup.

Sebab bukan nilai barang yang dikira. Tapi nilai pengorbanan tu yang orang hargai.

Tapi ini bukan paksaan. Cuma cadangan.

Kalau tak beri sesuatu yang zahir, beri sesuatu yang mesejnya sampai ke hati.

Call.
Mesej.

Tanya soalan biasa-biasa saja. Tapi percayalah, mereka hargai sebenarnya. Cuma tunjuk atau tak tunjuk saja bezanya.


Dan ini bukan perlawanan siapa yang paling banyak berkorban.

Tipikal manusia, beramal mengharapkan balasan.

Dan balasan apa lagi yang lebih indah, selain daripada dibalas dengan syurga Allah?


Bila nampak keburukan sahabat kita, tegur.

Dan apa caranya nak tegur?

Tegur dalam keadaan dia selesa.

Macam mana kita nak tahu dia selesa?
Itulah gunanya kita berkenalan.

Duduk one-to-one dengan dia. Berbual, dalam perbualan, selitkan teguran umum. Umum.

Bukannya menghentam.

Contohnya bila kawan kita jenis pergi kelas lambat.

"Sy rasa teringin nak pergi kelas sama-sama dengan awk."

"Apa kata, inshaallah esok kita pergi kelas sama-sama. Nak tak?"

Bukannya marah-marah.

"Apalah anda ni pergi kelas lambat. Solat subuh lambat. Selekeh. Rambut panjang tak sikat."


Dan kalau kawan jenis tak solat. Elakkan dari marah. Setiap kali waktu solat, ajak. Ajak, bukan arah.

Contoh ajak: "Jom solat jemaah."

Contoh arah: "Pergilah solat."


Dan banyakkan bersabar. Dalam pada nak memikat hati mad'u, jangan sampai kita rasa kita dah boleh ambil alih tugas tuhan.

Hati manusia ni Allah yang pegang. Jadi jangan kecewa kalau cinta kita tak berbalas. Tapi kecewalah pada diri sendiri, kalau curahkan kasih sayang dengan harapan kasih sayang tu akan dibalas.

Berlapang dada dengan semua orang.
Sangka baik.

Kita tak tahu seseorang, maka jangan cepat menghukum.


Pada an... adalah sangat patut gembira, bila ada adik-adik atau sahabat atau mad'u kita, yang berani berkongsi rahsia atau cerita dengan kita. Walaupun dia tahu, sangat besar risiko untuk dia dibenci atau dijauhi selepas berkongsi.

Contohlah, tiba-tiba dia beritahu. Dia sebenarnya merokok, dan dia minta kita bantu dia untuk berhenti merokok.

Dan banyak lagi contoh lain yang tak perlu dijelaskan.

Maka jagalah rahsia dia, seperti mana kita nak rahsia kita dijaga. Dia cerita, sebab dia percaya. Dan takkan kita, nak khianati kepercayaan yang diberikan?


Akhir kata.
Ithar.

Dahulukan sahabat kita sebelum diri sendiri.


Contoh, kita haus, dan sahabat kita haus.

Beri dulu air tersebut pada beliau.


Contoh lain.
Berkorban sikit. Sikit ja.

Tengah sejuk. Tambah dah nak masuk winter..krik3...feeling d kundasang..heheh..insya-Allah...

Kita dekat luar, dan dia tak pakai baju tebal. Kita ada sweater.

Apalah salahnya kita tanggalkan sweater dan beri pada dia.


Tak paksa. Serius.^^krik3


Dan kita, akan diuji dengan apa yang kita perkatakan.

Moga-moga anda sentiasa dalam jagaan Allah
Insya-Allah..moga kita semua dlm rahamat Allah selalu...

**Salam syg  kps semua...an sygggg kalian sgt2...jaga hati masing2 tau...ingt!!Allah sentiasa brsma kita syg...
Slmt ptg ^^.

Monday, 20 October 2014

Wahai hati ...:-)

Krik3...:-)
Ramai wanita yang berhijab namun driku bgtu trtarik akn insan yg bukan sahaja menutup aurat tapi dia menutup keaiban dirinya dan orang lain..Malunya sangat dijaga dan bertempat..Rajin mencari ilmu dan mudah terima pendapat orang lain tidak pula marah bila orang menegur kelemahan dirinya kelembutan hanya dirasai oleh keluarganya dan suaminya..Tidak pula terlalu bangga dengan kecantikkan tapi malah takut hilangnya rahmatNya dari dirinya kerana mampu menimbul kesombongan diri..Bukan sahaja matanya yang tunduk dari pandangan nafsu begitu juga hati..driku tahu sukar utk mnjdi gadis sebegini, tapi tidak mustahil untuk muslimah sekalian menjadi begini satu hari nanti..driku tahu mujahidah itu pahit dan sukar, sebalik kepahitan ada ganjaran yang Allah swt  ..Ingatlah wahai muslimah nak berubah bukan kerana duniawi ye syg...tpi krna Allah swt...nak mendapat rahmatNya..insya-Allah smga kita sntiasa istiqomah djlnnya...
wahai hati....wahai iman...duk diam2 ye...
niat krna Allah ye.. :-)
**cuitan dri hti ke hati**

###brholiday brsma zamriah comel...krik3<3

Friday, 17 October 2014

nukilan dari hati ke hati ;)

Salam ukhwah fillah :)
krik3.....nukilan dri hati ke hati ;)


          Selesai kuliah pada hari Khamis itu, Aisya segera berjalan ke surau untuk solat zohor secara berjemaah manakala zulaikha terus pulang ke kolej kediaman kerana didatangi ‘kawan baik’. Kuliahnya sedikit lambat berakhir hari ini sedangkan waktu zohor pun makin awal..Allahu..Hal seperti ini tidak menjadi sesuatu yang pelik kerana biasa sangat terjadi lebih-lebih lagi jika ada sesetengah pihak yang memandang "enteng"(ops ;) ) tentang solat di awal waktu...Suara muazzin  yang sedang iqamat bergema di ruang angkasa...Aisya mempercepatkan langkahnya..Selesai memngambil wudhuk,Aisya memakai semula tudungnya dan menutup aurat secara rapi dengan lengkap berstokin sepertimana biasa...Kain telekung surau pula sehelai pun tidak ada..Barangkali ahli lajnah surau sedang membersihkannya..Dia cukup yakin pakaiannya itu telah menutup aurat dan boleh digunakan untuk solat, tidak ketat, tidak jarang dan tidak menampakkan warna kulit.Aisya segera memenuhi saf pertama...Jarang sekali solat zohor ada lebih daripada satu saf di bahagian muslimat...Tidak tahu pula jika di sebelah muslimin bagaimana...Masih ingat seloroh Pengerusi Biro Kerohanian, saudara Aiman “Saya cukup tak faham, laluan ke kolej kediaman lelaki dari bangunan kuliah tu satu hala sahaja dengan surau@ sehala dengan fakulti..Tapi masuk sahaja waktu zohor, ramai mahasiswa seolah-olah tak nampak surau, macam ada hijab pula di kawasan surau ini.” Bagaimana nak jaga keluarga nanti kalau solat jemaah pun tak jaga? Setelah mengangkat takbiratul ihram, masih sempat rukuk bersama imam dalam rakaat pertama...alhamdulillah..

     Ramai juga dalam kalangan muslimat yang menimbulkan isu kenapa tidak solat sahaja di bilik? Kita kan perempuan sebaik-baiknya solat di bilik atau di rumah bukan di surau atau masjid? Persoalan- persoalan ini seringkali juga bermain di fikiran suatu ketika dahulu. Apakah tidak patut sentiasa berjemaah di surau seperti para muslimin??Jadi, persoalan ini telah dilontarkannya kepada seorang pensyarah Jabatan Agama Islam (JAPIM) yang telah mendapat master dalam bidang Faraid serta family dan teman2 yang dikasihinya,..alhamdulillah :)

“Apakah tidak boleh seorang muslimat sentiasa ke surau atau masjid kerana katanya bimbang membawa kepada fitnah? Bukankah wanita itu fitnah?”

Jawapannya ialah mengapa tidak boleh? Surau, masjid, kan rumah Allah? Hukum perempuan ke masjid ialah harus. Jika di institut ini, di mana lagi para penuntut ingin menuntut ilmu agama jika bukan di surau kampus atau masjid berdekatan? Kalau penuntut bidang Pendidikan Agama Islam, ya memang tidak dinafikan kuliah mereka penuh dengan pengetahuan tentang pemahaman yang lebih jelas tentang agama Islam. Tapi kalau penuntut-penutut bidang lain, memang langsung tidak ada kuliah agama di dalam jadual masing-masing melainkan hanya dua semester sahaja yang terisi daripada sebelas semester yang ada. Sedangkan memahami dan mendalami tentang Islam itu adalah wajib. Jadi jika sekadar ingin mencari alasan untuk tidak ke surau, terserah tetapi mengapa mahu mengatakan orang perempuan yang pergi ke surau atau masjid itu ini begitu begini. Di kampus ini, pasti keadaannya sangat selamat dari fitnah asalkan aurat dijaga sepanjang ke surau dan menjaga adab-adab sepanjang berada di Rumah Allah. Nabi pernah berpesan yang direkodkan oleh Abu Daud “Jangan menghalang wanita kamu ke masjid, namun rumah mereka lebih baik untuk mereka.”  Sebaik-baiknya solat di bilik tetapi jika berada di bilik, kita membuat perkara-perkara yang tidak berfaedah seperti terus obses dengan laman sosial sehingga berlama-lama menghadapnya dan menyebarkan hadis-hadis yang entah sahih atau tidak kerana ceteknya ilmu agama, lebih baik menuntut dengan murabbi yang diperakui pentauliahannya. Ternyata penjelasan mereka ada benarnya. Dulu, sebelum  tidak terlalu rapat dengan surau, hatin terasa kosong, rasa sangat jauh dengan Allah namun apabila sering bertemujanji dengan Allah di rumah-Nya, wah satu perasaan yang sangat sukar digambar membuncah di hati. Perasaan yang sangat indah!!!alhamdulillah... :)

Selesai bersalaman dengan para jemaah muslimati,aisya menunaikan solat sunat ba’diyyah...Subhanallah..Selepas itu, aisya menyandang tas tangan di bahunya dan mengkelek lappy Acer dan sebuah beg coklat miliknya untuk pulang ke kolej kediaman. Sebaik sahaja Aisya membuka pintu rmh, dia melihat rakan sebiliknya, mei mei sedang mengurut-ngurut perutnya. Muka  pucat. Dia sedang mengerang kesakitan.

“mei, kau kenapa ni? Period pain ke?” tanya aisya. mei mei sekadar mengangguk.(lalu kenangan yang lalu bermain di fikiran)

Aisya faham benar bagaimana sakitnya senggugut ini. Senggugut juga dikenali dalam bahasa saintifiknya sebagai ‘premenstrual dysphoric disoder’ atau ‘dysmenorrhea’. 
Jika masih sakit, maka tidak ada cara lain melainkan memakan pil pain killer. Itu pun kalau dah terpaksa dan terlalu sakit. Makan pain killerterlalu kerap juga boleh memudaratkan kesihatan. Tak fasal-fasal hilang satu penyakit, timbul pula penyakit lain. Tapi kesakitan itu sebenarnya menunjukkan seseorang wanita itu adalah subur. Penyakit ini kebiasaanya akan terus hilang dalam diri seseorang wanita setelah dia melahirkan anak.

“Aku panaskan tungku ya. Sebelum tu, sapukan minyak panas di bahagian perut kau.” Arah Aisya selaku orang yang berpengalaman sambil memberikan botol minyak ‘Mastika’ kepada mei mei. 

Kain tudung pun belum sempat ditanggal kerana terlalu risau sakit mei mei itu melarat. Melihat keadaan  yang terlena, dia bersyukur. Tadi mei mei berpeluh-peluh menahan sakit, wajahnya juga pucat. Sekarang alhamdulillah keadaannya sudah stabil. Memandangkan kuliah hari ini selesai pada pukul 1.30 petang tidak seperti hari-hari lain yang berlanjutan hingga ke 4.30 petang, aisya tidak akan melepaskan peluang sebegini untuk berehat seketika. aisya menanggalkan tudung dan anak tudungnya. Selesai mengurus diri dan membasuh serta menjemur pakaian yang dipakai ke kuliah tadi di ampaian, dia merebahkan seluruh badannya di atas tilam. Terasa lenguh-lenguh di bahagian belakangnya tadi juga beransur hilang. Allah, selesanya! 

“aisya, aku terlena ke tadi?” tanya mei mei tiba-tiba. Dia masih terbaring di atas katil dan wajahnya pula dihadapkan ke arah aisya yang juga sedang berbaring di atas katil bwh katilnya dengan jarak 2 meter.

“Aah, mei. Masa aku tengah mengurut, tengok-tengok kau dah lentok. Lena sampai nak terkeluar air liur basi!” jawab aisya.

“Eh, betul ke Sha?, macam mana aku nak nikah dengan Syuraik nanti kalu air liur basi meleleh mase tidur. malunya aku! Oh tidak! Kau ni pun satu, Sha! ubat kau tadi buat aku rasa selesa sangat. Tu yang tiba-tiba terlentok. Hehe hilanglah sikit sakit perut aku ni,” kata mei mei dengan mata separa terbuka.

“Aku tak kata pun keluar. Aku kata macam nak terkeluar. Ish, kau ni mei. Cotton buds dah berapa lama habis?” usik aisya...alhamdulillah..walaupn kmi berkainan agama..namun keakrabah kami terserlah walaupn hmpir dua bulan menjadii teman sebilik...Alhamdulillah..moga Allah memberikan hidayah padanya..Aaamiin..

“Amboi kau! Cotton buds kau kata. Main ‘halus’ kau ya. Nasib baik aku tengah sakit, kalau tak..” Seloroh mei.

“Kalau tak, ape? Hah?” aisya mengusik lagi.

“Aku kawinkan kau dengan Uwais, baru tahu! Biar padan muka kau!”balas mei mei.

“Pandailah kau. Macam kau pulak mak aku ya. Sempat lagi nak kenakan aku walaupun sakit-sakit macam ini. Tak sedar diri langsung.” aisya membaling bantal kecil ke arah mei mei sambil menjeling manja.

“Aku sakit di perut bukan di mulut. Jadi tugas aku untuk kenakan kau masih berjalan seperti biasa. Eh, Sha, apa kata aku minta tolong Syuraik ingatkan Uwais tentang hal tu? Manalah tahu, dia masih menyimpan perasaan pada kau kalau ingatan dia pulih nanti. Lagipun, aku rasa tak ada masalah. Syuraik masih rapat dengan Uwais macam dulu x walaupun diorang 2 tahun dan berlainan kediaman lagi untuk habis belajar kat sini. Kau rasa, okey tak?” tanya Mei mei serius.

“Hello! Amboi, amboi, amboi. Banyak cantik muka kau! aku ganyang-ganyang mulut kau dengan cili tau.” Kata Aisya dengan nada bersahaja.

Best jugak tu. Hehe idea yang bagus! Em, atau kau masih tunggu Si ehem2, Sha?” tanya Mei mei menuntut kepastian.

Aisya mengeleng dan berkata “Tidak, mei. Aku tidak sesekali menunggu dia. Aku dah maafkan dia dan aku tidak menyimpan dendam padanya. Malah aku tidak pernah rasa menyesal mengenali dia, mei. Dia banyak mengajar aku tentang kehidupan. Banyak sekali kenangan yang telah terpahat.Sepanjang aku kenal dia, banyak selok-belok negara agama yang aku tahu.Namun, inilah hakikat yang kami patut terima. Tidak semestinya yang lama itu akan bertahan dan tidak semestinya yang baru itu akan kekal.” Jawab Aaisya. Kali ini Mei mei khusyuk sekali mendengarnya.

“Kau memang nekad ke, Sha? Dah banyak lamaran kau tolak sebab menunggu dia selama ni kan?” Tanya mei mei lagi.

“Aku nekad, mei. Sewaktu aku dapat menghidu persahabatan baiknya dengan gadis itu, aku langsung menunaikan solat sunat istikharah. Kau tahu kan, mei. Perasaan aku waktu itu terasa hancur sekali. Aku tidak nafikan, sedikit sebanyak aku juga berharap. Beberapa kali aku solat sunat istikharah memohon agar Allah membantuku untuk membuat keputusan. Namun, Allah belum menemukan aku kepada jawapan yang jelas. Pada suatu malam, aku tidak mampu untuk tidur, Mei. Kupejam-pejam mata, namun mataku masih degil untuk terus berjaga. Aku kira itu isyarat Allah kepadaku tanda doa waktu itu sangat dikabulkan. Aku mengambil wudhuk dan terus menunaikan solat sunat istikharah. Selesai sahaja solat, aku tetap tidak boleh melelapkan mata. Kebetulan minggu itu minggu imtihan, aku membuat sedikit ulangkaji dan pada saat itu jam sudah pun menunjukkan pukul 3 pagi. Aku terdetik untuk mencari maklumat melalui internet. Alang-alang sudah melayari internet, aku log in sebuah laman sosial ini..kau kan tahu aku ni suka meneroka.kalau bukan facebook..blog yang akan aku jelajahi ;) .entah mungkin Allah hadirkan situasi itu untukku mei.. Allah, aku terkejut, Mei! Aku nampak mereka sangat akrab. Pada waktu itu juga, kepercayaanku kepadanya juga turut runtuh dan lenyap sama sekali! Kini, aku benar-benar yakin itu jawapan Allah untukku. Alhamdulillah,Mei. Sepanjang semua itu berlaku, tidak setitik air mataku menitis keluar. Pada saat itu juga, aku redha dan yakin pasti ada yang terbaik untukku dan untuknya. ” Aisya menceritakan dengan panjang lebar.

“Pernah tak kau terfikir kalaulah dia ada kat depan mata kau, apa yang kau akan buat? Kau nak lenyek-lenyek dia jadi sambal ke atau kau nak kisar dia dalam blender?” tanya Mei Mei sambil membuat aksi melenyek-lenyek bantal kecil yang dibaling Aisya tadi.

“Haha kau ni, mei. Merepek je. Hmm.. kalau dia ada kat depan aku, aku nak ucap terima kasih banyak-banyak kat dia, mei. Aku jadi dewasa dengan perkenalan ni. Aku terhutang budi dengan dia. Dia salah seorang guru pengalaman aku, mei.” jawab aisya sambil tersenyum.

“Guru pengalaman? Kau masih boleh berlembut dengan dia walaupun dia dah aniaya perasaan kau macam ni? Hmm, aku tahu susah nak buat macam tu kan, Sha? Tapi baguslah kalau kau bertindak macam ni. Tindakan yang matang, Sha! Aku pun tak faham kenapa orang sekarang ni, mula-mula sayang-menyayang, lama-lama dah melayang-layang semua kasih sayang tu dan masing-masing benci-membenci. Benarlah kata-kata Imam Syafie yang sering kau katakan pada aku, ‘Manusia yang paling bersifat kekurangan adalah manusia yang selesa dengan dengki dan dendam yang ada pada dirinya.’" sokong Mei mEI tanda dia bersependapat dengan Aisya..Allahu..masih ingat temanku ini akan setiap bait-bait perkataan yang aku titipkan padanya.Allhu..moga Alla membuka pintu hidayah padanya...

“Allah, aku suka kata-kata Imam Syafie tu, Mei. Terima kasih. Hmm aku yang aniaya perasaan aku sendiri, mei. Siapa suruh aku berharap kan? Allah dah pesan awal-awal, ‘(Syaitan itu) memberikan janji-janji kepada mereka dan membangkitkan angan-angan kosong pada mereka, padahal syaitan itu hanya menjanjikan tipuan belaka kepada mereka’ . Semua ini aturan Allah. Allah telah menghadirkan aku seorang guru pengalaman yang cukup hebat. Kalau aku nak benci dia pun atas dasar apa? Aku ni pun banyak perkara yang aku buat, orang tak suka, Lin. Aku sangat terkesan dengan kata-kata ni, pandanglah kebaikan yang ada pada orang lain, dan pandanglah kejahatan yang ada pada diri sendiri nescaya kamu akan menghargai orang di sekelilingmu. ” jelas Aisya merungkai segala persoalan.

“Tak apalah, Sha. Kalau dia tidak sanggup menunggu, maka lebih baik kau lepaskan sahaja dia dengan sesiapa pun, asalkan dia menemui kebahagiaannya. Tapi yang ruginya, dia, Sha! Kau sahabat aku, Sha! Aku tahu kau lebih layak dengan orang yang jauh lebih baik dari dia. Jika sebelum kawin dia sanggup buat kau macam ni, apatah lagi kalau dah kawin nanti.” ujar meimei...Allahu..kuat betul temanku ini...Memang patut awal2 lagi aku sudah jatuh hati dengan perwatakannya walaupun dia berlainan dengan ku..

“Dia dah mohon maaf dan mengaku yang dia khilaf. Aku dah maafkan dia. Aku rasa tidak ada gunanya untuk dia menunggu lebih lama. Lebih baik aku yang menarik diri. Dengan siapa pun dia nanti, kita sama-sama doakan kebahagiaan dia, mei. Sekurang-kurangnya, ucapan ‘Aku sangat mencintaimu’ masih kuikat kemas dan tidak pernah kuluahkan kepada mana-mana lelaki ajnabi. Insya-Allah ini ucapan istimewa hanya untuk suamiku. Insya-Allah, mei!” kata Aisha dengan penuh bersemangat...krik3

“Tindakan kau melepaskan dia amat tepat sekali, Mei! Aku sokong! Hehe aku suka tengok kesabaran kau ni. Hmm sabar ni satu perkataan yang cukup mudah meniti di bibir manusia namun sukar sekali kan untuk melaksanakannya. Aku seringkali tewas, sha.” Mei bernada sedikit rendah diri..

“Aku pun sama, Mei. Kalah dengan perasaan sendiri. Sabar ini susah, mei! Susah sangat..... Apabila ditanya kepada Al-Junaid tentang sabar(teringat bait2 perkataan dari insan tercinta tersayang), maka dia berkata : “Sabar itu adalah meneguk kepahitan tanpa berkerut dahi.” Sabar ini sebenarnya berasal dari perkataan sabir iaitu nama buah yang rasanya sangat pahit. Meneguk kepahitan tanpa berkerut dahi? Hmm susah kan, Mei?” Kata Aisha sambil mengeleng-ngelengkan kepalanya....

“Betul tu, Sha! Kita selalu nasihatkan orang : sabar, sabar. Tapi sepatutnya kita perlu memberitahu orang yang ditimpa musibah itu cara bagaimana untuk bersabar, bukan dengan sekadar menasihatinya supaya bersabar sahaja.Dalam agama ku pun asyik diutarakan sabar2.namun sukar sha utuk kenal erti "sabar".” mei mei menyuarakan pendapat. Nampaknya perbualan mereka sudah berubah rentak...krik3...



“Ya, mei. Nabi Muhammad mengajarkan kita tentang cara untuk bersabar iaitu pertama, ikrar dan kedua, berdoa.Ikrar iaitu ingat janji bahawasanya kita ini telah mengaku sebagai hamba dan seorang hamba selayaknya sentiasa diuji. Kedua, berdoa supaya musibah yang menimpa kita itu memberi kebaikan kepada diri kita dan semoga dikurniakan Allah ganti yang lebih baik dari sebelumnya. Sebaik sahaja mendapat musibah, nabi mengajar kita untuk terus bersabar waktu itu juga. Bukan dengan mengeluh dan merintih-rintih terlebih dahulu, baru nak bersabar. Itu bukan sabar lagi namanya. Ruwaim juga pernah berkata “Sabar itu adalah meninggalkan mengadu segala ujian kepada makhluk. Allah, aku dah termengadu pada kau, Mei. Astaghfirullah..”  Jelas Aisha dengan nada sedikit kesal.

“Tak apalah, Sha. Kita muhasabah diri kita balik. Hmm, sabar itu indahkan? terima kasih, ‘Doktor’ aisya. Perkongsian petang yang menarik untuk aku selaku pesakit kau petang ni. Terima kasih juga rawat aku tadi. Hehe macam berforum pulak aku rasa. Walaupun kau berlagak kuat depan aku, tapi aku tahu kau masih terluka, Sha. Insya-Allah semoga Allah mengurniakan ganjaran yang besar buat kau, Sha. Jangan lupa, aku sentiasa dibelakang kau.   aisha kuat!!!” kata mei mei dengan tersengih-sengih sambil buat gimiknya.

“Ya, sangat indah, mei. Sama-sama. Ilmu kau pun apa kurangnya. Terima kasih sudi nasihatkan aku. Dan sanggup di samping aku saat susah dan senang. Ameen ya Rabb! Haha kalau Syuraik tahu, dia pasti cemburu dengan aku ni! Wa ana kaman ya mei mei ” usik aisya sebelum mereka tergelak kecil. 

Bunyi telefon aisyaa tiba-tiba mencelah. Ada kiriman mesej dari seseorang. aisya membaca teks mesej itu satu persatu. 

“Ya, Allah. Layakkah aku?!”..krik3...

nantikan sambungannya akan datang ;)

**salam ukhwah fillah teman2 n selamat pgi...**

**teman2 yang x blik tu jgn sedih2 ye....heheh..rumah kita x kan lari punya ;) **