Tuesday 28 October 2014

Amaran!!



Krik3....Sukaaa...... sangat suka bercerita tentang manisnya ukhuwwah...indhkn syg

Masih ingat lagi, masa sekolah dulu, senior-senior selalu pesan.

"Kalau nak cari sahabat, cari manusia yang bila kita tengok dia, kita ingat Allah. Kalau tak ada, kitalah yang kena jadi pemula."

"Sahabat soleh ni susah untuk dijumpai, maka dalam usaha mencari, usaha juga untuk menjadi."

*****^^

Gambar di atas, cukup untuk jelaskan, bahawasanya tak ada manusia yang sempurna.

Masa tulis ni, dalam fikirn sibuk fikir. "Apa bendalah yang nak dcoret nii."

Krik3....^^

Tak, point ada. Intro yang tak ada. End up jadi macam ni lah. ^^^ smile...

Maka tujuan menulis di sini adalah apabila berlakunya krisis dua manusia. Krisis manusia biasanya melibatkan hati...ha!!! Hatiiiii


Ada yang bertanya, apakah ikatan ini cukup dengan doa?

Maka jawapan saya, tidak....krik3

Sebab apa? Sebab hati manusia ni macam kain yang basah.hmmmmNak keringkan dia, jemur. Tapi andai kata cuaca tak menentu. Kejap hujan, kejap ribut. Bila nak kering? So dari situ, based on kreativiti masing-masing, kita iron supaya beliau kering.

Apa bendalah perumpaan.

Serius, serius. Tutup topik kain.^^^

Kita hidup kat dunia ni atas dua pilihan.

Ya atau tidak.
Benar atau salah.
Adil atau zalim.
Tinggi atau rendah.
Taat atau ingkar.
Tebal atau nipis?
Mato atau Inche Gabbana?

Okey abaikan.


Driku bukanlah manusia yang layak bercakap tentang manisnya ukhuwwah.

Driku bukanlah manusia yang layak bercakap tentang perihnya dakwah.

Driku bukanlah manusia yang layak bercakap tentang payahnya tarbiyah.

Tapi an rasa, adalah selayaknya an bercakap tentang indahnya aturan Allah.

Walaupun benar, an bukanlah yang paling layak.

Rasa macam faham tak apa yang an cuba sampaikan? Harapnya fahamlah, sebab an bukanlah manusia yang memberi kefahaman, hakikatnya hanya Allah saja yang mampu beri kefahaman pada manusia.

*****

Lagi-lagi bercakap tentang ukhuwwah...^^


Tapi apakan daya, setiap yang pahit ada manisnya. Setiap yang masin ada sedapnya. Setiap yang sabar ada ganjarannya.

Percayalah. Rasa tak suka tu biasa. Sebab kita manusia.

Tapi kalau dalam bidang perubatan, doktor akan cuba rawat sebelum sakit tu merebak. Takkan dibiar luka tu lama-lama. Takkan dibiar kanser tanpa apa-apa bantuan. Takkan dibiar demam berterusan.

Macam tu juga hati.

Hati ni, Allah bagi satu saja bagi setiap manusia. Tapi yang satu inilah yang besar peranannya.

Sebab apa? Sebab pada hati ada sesuatu.

Apa sesuatu tu? Sesuatu itulah yang mengawal kita. Jika baik hatinya, maka baiklah jiwanya. Jika kotor hatinya, maka kotorlah jiwanya.


Pernah ditanya, apa yang paling menggembirakan dalam berukhuwah.

Maka jawapannya, bila mereka senyum pada kita.

Dan siapa sangka, besar peranan senyuman.

Lalu ditanya, kalau hati kita tak suka pada dia. Mungkin sebab kulit dia gelap, atau badan dia besar, atau sebab fizikalnya yang tak lawa. Tak menarik.

Maka di sini  ada satu soalan....jeng2..hehe

Kita tak suka orang, kita rasa orang suka sangat ke kita ni???ha..cba fikirkn syg..


Lalu diminta pula tips untuk berukhuwwah.

Insya-Allah an cuba kongsikan sedikit sebanyak. Kalau ada tambahan, boleh kongsikan di ruang komen inshaallah.

Ukhuwwah ni satu ikatan tanpa tali, tapi berpaksi.

Jadi apa paksi ukhuwwah kita?

Sebaiknya biarlah berpaksikan iman.

Macam mana caranya? Haa bacalah novel Sinergi tulisan Hilal Asyraf..hehe krik3...^^


Apa caranya ukhwah fillah>>?

Kalau jawapan klisenya, ingat dalam doa. Tapi mana ada cukup sekadar doa.

Doa sebagai penghubung.

Tapi kena ada yang mengikat, yakni usaha.

Tapi apa usaha untuk ikat?

Kalau jenis yang cheesy, bagi surat.

Kalau jenis yang suka menangkan ego, sampai nak cakap sayang pun susah, tunjukkanlah melalui perbuatan.

Mesej tanya dah makan ke belum.

Tak pun mesej tanya khabar.

Tapi based on pengalaman, rasa tahu tak, rasa rugi. Bila kita tak sempat beritahu dia yang kita sayang dia, dan dia dah tinggalkan kita.


Kadang-kadang, sahabat kita jenis nak bercerita. Tapi tak tahu pada siapa.

Kadang-kadang, sahabat kita nakkan perhatian, tapi tak tahu nak minta.

Kadang-kadang, sahabat kita cuma rindu nak pandang wajah kita, dengar suara kita.

Dan kadang-kadang, mungkin mereka, pada pandangan kita, cukup sekadar adik-adik junior.

Dan, pernah berdasarkan pengalaman, yang nampak paling diam itulah yang paling hebat ilmunya. Yang pada pandangan orang-orang lama (baca: syg), sangat biasa. Tapi dia sebenarnya sangat luarbiasa.

Jadi inilah permulaan dimana kita mulakan konsep;

"Mad'u ana, sahabat ana."

Ya, boleh saja guna kata ganti nama lain.

Ambo
Saya.
Beta.
Gua.

Dan boleh juga guna nama sendiri. Contoh nama Firdaus.

"Mad'u Firdaus, sahabat Firdaus."


*****

Salinglah memberi. Tak luak pun duit inshaallah.

Belikan air sekotak pun dah cukup.

Sebab bukan nilai barang yang dikira. Tapi nilai pengorbanan tu yang orang hargai.

Tapi ini bukan paksaan. Cuma cadangan.

Kalau tak beri sesuatu yang zahir, beri sesuatu yang mesejnya sampai ke hati.

Call.
Mesej.

Tanya soalan biasa-biasa saja. Tapi percayalah, mereka hargai sebenarnya. Cuma tunjuk atau tak tunjuk saja bezanya.


Dan ini bukan perlawanan siapa yang paling banyak berkorban.

Tipikal manusia, beramal mengharapkan balasan.

Dan balasan apa lagi yang lebih indah, selain daripada dibalas dengan syurga Allah?


Bila nampak keburukan sahabat kita, tegur.

Dan apa caranya nak tegur?

Tegur dalam keadaan dia selesa.

Macam mana kita nak tahu dia selesa?
Itulah gunanya kita berkenalan.

Duduk one-to-one dengan dia. Berbual, dalam perbualan, selitkan teguran umum. Umum.

Bukannya menghentam.

Contohnya bila kawan kita jenis pergi kelas lambat.

"Sy rasa teringin nak pergi kelas sama-sama dengan awk."

"Apa kata, inshaallah esok kita pergi kelas sama-sama. Nak tak?"

Bukannya marah-marah.

"Apalah anda ni pergi kelas lambat. Solat subuh lambat. Selekeh. Rambut panjang tak sikat."


Dan kalau kawan jenis tak solat. Elakkan dari marah. Setiap kali waktu solat, ajak. Ajak, bukan arah.

Contoh ajak: "Jom solat jemaah."

Contoh arah: "Pergilah solat."


Dan banyakkan bersabar. Dalam pada nak memikat hati mad'u, jangan sampai kita rasa kita dah boleh ambil alih tugas tuhan.

Hati manusia ni Allah yang pegang. Jadi jangan kecewa kalau cinta kita tak berbalas. Tapi kecewalah pada diri sendiri, kalau curahkan kasih sayang dengan harapan kasih sayang tu akan dibalas.

Berlapang dada dengan semua orang.
Sangka baik.

Kita tak tahu seseorang, maka jangan cepat menghukum.


Pada an... adalah sangat patut gembira, bila ada adik-adik atau sahabat atau mad'u kita, yang berani berkongsi rahsia atau cerita dengan kita. Walaupun dia tahu, sangat besar risiko untuk dia dibenci atau dijauhi selepas berkongsi.

Contohlah, tiba-tiba dia beritahu. Dia sebenarnya merokok, dan dia minta kita bantu dia untuk berhenti merokok.

Dan banyak lagi contoh lain yang tak perlu dijelaskan.

Maka jagalah rahsia dia, seperti mana kita nak rahsia kita dijaga. Dia cerita, sebab dia percaya. Dan takkan kita, nak khianati kepercayaan yang diberikan?


Akhir kata.
Ithar.

Dahulukan sahabat kita sebelum diri sendiri.


Contoh, kita haus, dan sahabat kita haus.

Beri dulu air tersebut pada beliau.


Contoh lain.
Berkorban sikit. Sikit ja.

Tengah sejuk. Tambah dah nak masuk winter..krik3...feeling d kundasang..heheh..insya-Allah...

Kita dekat luar, dan dia tak pakai baju tebal. Kita ada sweater.

Apalah salahnya kita tanggalkan sweater dan beri pada dia.


Tak paksa. Serius.^^krik3


Dan kita, akan diuji dengan apa yang kita perkatakan.

Moga-moga anda sentiasa dalam jagaan Allah
Insya-Allah..moga kita semua dlm rahamat Allah selalu...

**Salam syg  kps semua...an sygggg kalian sgt2...jaga hati masing2 tau...ingt!!Allah sentiasa brsma kita syg...
Slmt ptg ^^.

No comments:

Post a Comment